PENUBUHAN satu Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim di peringkat Parlimen dijangka bakal diusulkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan.
Pejabat Ketua Pembangkang melalui satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, usul penubuhan jawatankuasa itu dibuat bagi membantu kerajaan merangka satu hala tuju yang jelas selain sebagai persediaan mendepani kemelut perubahan iklim.
Bertepatan dengan itu juga, Pejabat Ketua Pembangkang itu akan menganjurkan satu Simposium Perubahan Iklim 2022 pada Isnin ini bertempat di Dewan Bankuet Parlimen, Kuala Lumpur.
"Simposium ini bertujuan untuk menggariskan beberapa isu penting melibatkan kemelut iklim, mencari formula terbaik sebagai rencana untuk daya tahan iklim dan tebatan banjir, menggerakkan negara ke arah pelepasan sifar bersih (net-zero emissions) sambil menekankan aspek ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
"Inisiatif ini juga diambil berikutan berlaku musibah seperti banjir yang melanda sebahagian kawasan di negara ini pada 2014 dan 2021 kerana corak perubahan iklim yang membimbangkan serta kesan dari pembalakan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu kenyataan tersebut turut memaklumkan, penganjuran simposium turut bermatlamat melibatkan semua kepimpinan negara dan generasi penerus dalam mewujudkan rencana dan kebijakan bagi mendepani permasalahan serta kesan perubahan iklim.
Simposium yang julung-julung kali diadakan ini akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, ia dijangka dihadiri ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan swasta, ahli-ahli akademik, pertubuhan masyarakat madani dan pihak berkepentingan.
Pejabat Ketua Pembangkang melalui satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, usul penubuhan jawatankuasa itu dibuat bagi membantu kerajaan merangka satu hala tuju yang jelas selain sebagai persediaan mendepani kemelut perubahan iklim.
Bertepatan dengan itu juga, Pejabat Ketua Pembangkang itu akan menganjurkan satu Simposium Perubahan Iklim 2022 pada Isnin ini bertempat di Dewan Bankuet Parlimen, Kuala Lumpur.
"Simposium ini bertujuan untuk menggariskan beberapa isu penting melibatkan kemelut iklim, mencari formula terbaik sebagai rencana untuk daya tahan iklim dan tebatan banjir, menggerakkan negara ke arah pelepasan sifar bersih (net-zero emissions) sambil menekankan aspek ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
"Inisiatif ini juga diambil berikutan berlaku musibah seperti banjir yang melanda sebahagian kawasan di negara ini pada 2014 dan 2021 kerana corak perubahan iklim yang membimbangkan serta kesan dari pembalakan," menurut kenyataan itu.
Sebagai usaha cari solusi terbaik atasi kemelut iklim |

0 Comments