SEORANG pemimpin KEADILAN melahirkan rasa hairan bagaimana Presiden PAS boleh berfikir mahu mendapatkan sokongan pengundi bukan Islam bagi memenangkan parti itu.
Dr Sathia Prakash Nadarajan yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN melontar soalan itu dengan merujuk kenyataan Abdul Hadi Awang yang menuduh masyarakat bukan Islam dengan menuduh golongan itu dan golongan bukan Bumiputra sebagai punca rasuah di negara ini.
“Bukankah beliau baru-baru ini ada mengguris hati masyarakat bukan Islam dengan menuduh kononnya golongan bukan Bumiputera iaitu bangsa lain selain Melayu Islam adalah punca rasuah dan majoriti mereka yang terlibat dalam merosakkan politik dan ekonomi negara.
"Saya memang tidak faham mengapa sekarang Hadi ingin bercakap tentang pengundi bukan Islam.
“Kamu hina kami seteruk mungkin kemudian kamu katakan kamu yang terbaik untuk kami beri undi sekaligus beri kuasa untuk kamu memerintah,” katanya dalam kenyataan.
BACA: Presiden PAS wajar bertanggungjawab bila buat kenyataan
BACA: Abdul Hadi merapu, tak faham isu
Abdul Hadi melalui satu artikel yang disiarkan di portal milik PAS menudah Pakatan Harapan (HARAPAN) merupakan sebuah parti yang dikelilingi golongan pemberi rasuah.
Kemudian dia berkata parti itu akan menggunakan pendekatan bijaksana untuk menarik pengundi bukan Islam khususnya mereka yang tidak berparti mengundi calon Islam dari parti itu pada PRU akan datang.
Impian itu kata Abdul Hadi bukan mustahil memandangkan telah menembusi “tembok perkauman” melalui sayap penyokong bukan Islamnya.
Mengulas kenyataan itu, Felo Majlis Profesor, Jeniri Amir menyifatkan impian Abdul Hadi itu sebagai 'mimpi' terutama selepas kenyataan berbaur perkauman dibuat Abdul Hadi.
Dalam pada itu, Sathia yang juga Ketua KEADILAN Hulu Selangor mahu Abdul Hadi berhenti bersandiwara.
Beliau menegaskan bahawa rakyat terutama pengundi kini sudah celik dan tidak mudah terpedaya dengan janji-janji yang akhirnya tidak dipenuhi.
“PAS pernah jadi menteri undang-undang sebelum ini. Mereka ini suka bercakap sahaja.Kaum bukan Islam terkilan dengan kenyataan Hadi
“Asyik cakap perlu tangguh atas pelbagai alasan. Tidak pun kata perlu kuasa, bila berkuasa pun tiada apa-apa,” katanya merujuk Rang Undang Undang 355 (RUU 355) yang dijaja PAS selama ini.
0 Comments