PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) sudah memuktamadkan pembahagian kerusi di enam negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), maklum Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Rafizi Ramli.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sesi pemukiman atau 'retreat' kepimpinan HARAPAN di sebuah hotel di Seremban, Rafizi yang juga timbalan Presiden parti itu berkata, gabungan itu akan menyelesaikan soal pembahagian kerusi di semua negeri selewat-lewatnya 31 September ini.
Kita dah selesai membincangkan soal pembahagian kerusi di enam negeri. Cuma kita belum umum sahaja lagi.
"Jadi kita sasarkan 31 September ini sudah selesai sepenuhnya dan buat masa ini ia berjalan cukup baik dan tiada masalah," katanya.
Sementara itu, Rafizi ketika diminta mengulas sesi 'retreat' itu menjelaskan ia diadakan bagi memberi fokus kepada strategi untuk menghadapi PRU.
Pada sesi tersebut jelasnya, seramai 120 orang kepimpinan empat parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) iaitu KEADILAN, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) telah hadir.
"Setiap parti akan membentangkan strategi masing-masing macam mana nak menang, apa perlu diberi tumpuan, bagaimana cara menilai kelemahan, melihat keadaan musuh dan memahami pengundi," jelasnya.
Rafizi turut menegaskan bahawa gabungan itu akan memastikan telah bersedia 100 peratus pada 1 Oktober ini untuk menghadapi pilihan raya.
"Keputusan memanggil PRU itu adalah keputusan Perdana Menteri, tapi pada peringkat KEADILAN dan HARAPAN kita nak bersedia 100 peratus bermula 1 Oktober.
"Maksudnya kalau bubar 1 Oktober pun kita telah bersedia 100 peratus seperti mana pada PRU14," jelasnya sambil menyatakan pandangan bahawa PRU tidak wajar diadakan pada bulan November memandangkan ketika itu adalah musim tengkujuh.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sesi pemukiman atau 'retreat' kepimpinan HARAPAN di sebuah hotel di Seremban, Rafizi yang juga timbalan Presiden parti itu berkata, gabungan itu akan menyelesaikan soal pembahagian kerusi di semua negeri selewat-lewatnya 31 September ini.
Kita dah selesai membincangkan soal pembahagian kerusi di enam negeri. Cuma kita belum umum sahaja lagi.
"Jadi kita sasarkan 31 September ini sudah selesai sepenuhnya dan buat masa ini ia berjalan cukup baik dan tiada masalah," katanya.
Sementara itu, Rafizi ketika diminta mengulas sesi 'retreat' itu menjelaskan ia diadakan bagi memberi fokus kepada strategi untuk menghadapi PRU.
Pada sesi tersebut jelasnya, seramai 120 orang kepimpinan empat parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) iaitu KEADILAN, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) telah hadir.
"Setiap parti akan membentangkan strategi masing-masing macam mana nak menang, apa perlu diberi tumpuan, bagaimana cara menilai kelemahan, melihat keadaan musuh dan memahami pengundi," jelasnya.
Rafizi turut menegaskan bahawa gabungan itu akan memastikan telah bersedia 100 peratus pada 1 Oktober ini untuk menghadapi pilihan raya.
Rundingan kerusi juga sudah hampir selesai |

0 Comments