Presiden PAS dicabar kemuka bukti HARAPAN terima rasuah



PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang dicabar untuk membuktikan bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) “mengumpulkan pemberi dan penerima rasuah” seperti didakwanya.
 
Cabaran itu dilontarkan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menegaskan bahawa Abdul Hadi sebagai seorang cendekiawan Islam sudah semestinya lebih maklum bahawa umat Islam dilarang membuat tuduhan tanpa menyertakan bukti.

Sementara itu Salahuddin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan terbaharu Ahli Parlimen Marang itu sedangkan PAS masih sedia bekerjasama dengan Umno yang ada diantara pemimpin parti itu telah pun disabit dengan kesalahan rasuah.

“Jadi, apa mesej yang mahu disampaikan kepada umum? Bahawa anda boleh menutup mata kepada rasuah apabila melibatkan pihak tertentu?”

Sebagai rekod, PAS pada 2019 bekerjasama dengan musuh tradisinya, Umno di bawah semangat 'perpaduan ummah' atas nama Muafakat Nasional.

Bekas Presiden parti itu, Najib Razak pada 23 Ogos lalu diarahkan dihantar ke Penjara setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 1 September pula, isteri bekas Perdana Menteri itu, Rosmah Mansor disabitkan salah  atas tiga tuduhan dalam kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Sehari selepas itu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar dan isteri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra.

Manakala Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berdepan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), antara 2014 hingga 2018.

Walaupun beberapa pemimpin Umno dikaitkan rasuah, PAS melalui Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini berkata, parti itu masih ada ruang berunding dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN) bagi memastikan tiada pertembungan di 27 kerusi 'kritikal' Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Parlimen mempersoalkan kenyataan Abdul Hadi kononnya gabungan Pakatan Harapan 'mengumpulkan pemberi dan penerima rasuah' sedangkan Abdul Hadi sendiri belum menjelaskan penyelesaian kes berjumlah RM1.4 juta dalam saman fitnah terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang mendakwa PAS telah menerima wang daripada Umno beberapa tahun sebelum pilihan raya umum terdahulu.

Jangan lempar tuduhan jika tiada bukti
Charles Santiago, jika diteliti kenyataan Abdul Hadi itu, ia sekadar satu lagi serangan terhadap orang bukan Melayu, yang menyusuli kenyataan sebelum ini yang mengaitkan rasuah dengan orang bukan Islam.

Lebih parah jelasnya, kenyataan itu seolah-olah mengapi-apikan perkauman dan ia sesuatu yang tidak wajar.”

“Jadi, beliau tidak patut menuding jari sedangkan tangannya juga kotor,” katanya.

Post a Comment

0 Comments