Mujahid tuntut PAC siasat kelewatan projek OPV milik APMM



JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) sekali lagi dituntut menyiasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menegaskan, isu tersebut bukan sahaja soal kelewatan menjangkaui had yang ditetapkan tetapi melibatkan unsur salah tadbir peruntukan RM738.9 juta duit negara.

“Saya menuntut PAC menjalankan siasatan di atas pelbagai tanda yang menunjukkan bahawa projek OPV bernilai RM739 juta ini ada unsur salah tadbir kewangan yang meragukan.

“Demi keselamatan perairan negara siasatan ini perlu disegerakan,” Kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu.

Mujahid sebelum ini mendakwa TH Heavy Engineering Berhad  (THHE) diberi kontrak rundingan terus disyaratkan untuk melakukan JV dengan Destini Berhad atas 49:51 perkongsian.

“Tanpa kepakaran THHE pada 2017 mendapat kontrak namun Destiny 51% telah jualkan sahamnya dalam THHE Destiny (syarikat JV) pada 2021,” ujarnya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, beliau dimaklumkan para vendor menuntut hutang tertunggak yang gagal dilunaskan menyebabkan semua urusan persiapan OPV tergendala termasuk dengan OEM (Original equipment manufacturer).

“Destini Shipbuilding pula disaman oleh LHDN kerana gagal membayar cukainya dan pada 15hb September ini akan digulung tikar (winding up).

“THHE telah dinyahsenaraikan dan kemungkinan akan dipaksa untuk gulung tikar atas beban hutang yang ditanggungnya,” kata Pengeruso Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak itu seperti dilapor Malaysia Dateline.

Untuk rekod, APMM sepatutnya menerima sebuah kapal OPV pada Ogos lalu selepas kerajaan memberi lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat TH Heavy untuk menyiapkan tiga kapal OPV itu.

Mujahid ulang gesaan supaya projek OPV disiasat


Kapal OPV 1 sepatutnya dilancarkan ke air pada Selasa lalu, namun masih gagal dilakukan kerana kapal masih tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.


Kapak OPV 2 dan OPV 3 pula dijadualkan bakal diserahkan kepada pihaknya secara berperingkat.

Post a Comment

0 Comments