PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengingatkan bahawa tidak wajar seseorang banduan diberi layanan berbeza dan istimewa berdasarkan pangkat serta status sosialnya.
Pandangan itu dinyatakan Muda menerusi hantaran di Facebooknya selepas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan rawatan terbaik kepada bekas Presiden Umno itu susulan keadaan kesihatan beliau yang merosot ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.
“Banduan berhak mendapat perkhidmatan dan rawatan perubatan yang sewajarnya apabila perlu.
“Namun, tidak wajar jika banduan diberikan layanan perubatan istimewa berdasarkan pangkat dan status sosial,” kata mereka.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib memaklumkan bahawa Najib akan dirujuk ke Hospital Kajang susulan tekanan darah Ahli Parlimen Pekan itu dilaporkan berada pada tahap tinggi dan berbahaya.
Anak Najib, Nooryana Najwa sebelum ini dilapor media sebagai membuat dakwaan bahawa pihak hospital memberi Najib ubat yang berbeza daripada yang biasa digunakannya sebelum ini.
Menteri Kesihatan, Khairy kemudian tampil menafikan dakwaan ubat untuk Najib ditukar, sebaliknya dia diberi ubat generik dibekalkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Walau bagaimanapun tambahnya, berdasarkan prosedur ditetapkan Jabatan Penjara sekiranya terdapat banduan tertentu sanggup membeli bekalan ubat sendiri dan tidak mahu menerima ubat KKM.
Banduan wajar dapat layanan sama rata |
"Jika di penjara dia boleh gunakan ubat dia, jika bekalan sudah sampai," kata Khairy.
Selepas dihumbankan ke penjara Kajang susulan sabit kesalahan dalam kes SRC International, Najib kin sedang berdepan perbicaraan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada 1MDB.
0 Comments