SELEPAS Istana Selangor menarik balik darjah kebesaran yang diberikan kepada Najib Razak, Pulau Pinang mengikut jejak sama membatalkan darjah kebesaran bekas perdana menteri yang kini dipenjarakan itu.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) merangkap pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Mohd Zakuan Zakaria memaklumkan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Ahmad Fuzi Abdul Razak membatalkan keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama yang dianugerahkan kepada Najib Razak pada tahun 2009.
Pembatalan dan pemansuhan itu jelasnya adalah selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011.
Pembatalan tersebut berkuat kuasa serta merta berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.
“Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau (Najib) sebagai penyandang Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan berkuat kuasa pada 15 September,” katanya.
Selain Selangor dan Pulau Pinang, Negeri Sembilan turut dilapor telah menarik balik darjah kebesaran untuk Ahli Parlimen Pekan itu
Najib juga telah dilucutkan gelarannya di Selangor dan Negeri Sembilan sebelum ini.
Bagaimanapun, Najib masih mempunyai darjah kebesaran dari Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.
Bekas perdana menteri itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos menolak rayuannya terhadap sabitan SRC International atas tujuh pertuduhan jenayah, serta hukuman penjara dan denda RM210 juta sebagai ganti tambahan lima tahun penjara.

Pembatalan dibuat susulan keputusan Mahkamah |

0 Comments