Manifesto HARAPAN akan disusun lebih teliti supaya dapat dilaksana

 


MANIFESTO Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bakal dibentangkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tidak menjanjikan 'langit'.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi HARAPAN dipetik wawancara ekslusif dengan Malaysiakini berkata, manifesto kali ini  akan disusulan dengan lebih teliti bagi memastikan ia mampu dilaksanakan sekiranya gabungan itu kembali menawan Putrajaya.
 
“Malangnya manifesto (sebelum ini) memang menjadi satu isu... tetapi pendirian saya adalah untuk memberikan komitmen yang jelas mengenai isu-isu yang kita mampu selesaikan.

“Jangan buat terlalu banyak janji. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan tadbir urus yang baik. Saya tidak boleh menjanjikan langit, dan saya rasa itu jujur,” katanya menurut portal itu.

Dalam wawancara itu juga, Anwar menegaskan walaupun apa juga yang akan dibentangkan dalam manifesto tersebut, matlamat HARAPAN pada akhirnya akan tetap komited untuk berusaha menyelamatkan negara.
 
"Parti politik dan masyarakat sivil, setiap orang ada agenda masing-masing. Kita kena akur. Tetapi sebagai sebuah negara, mereka tidak boleh mengharapkan kita menerima setiap tuntutan kumpulan tertentu.

“Kita mesti sekurang-kurangnya bersetuju dalam isu teras kemapanan, tadbir urus, yang merangkumi kebebasan kehakiman dan juga antirasuah,” katanya lagi.

Dirancang teliti supaya mampu dilaksanakan
Sementara itu Anwar memaklumkan pada peringkat ini beliau sedang dalam proses merangka manifesto yang akan ditawarkan. 

Proses itu membabitkan penglibatan para sarjana dan maklum balas daripada rakan-rakan dalam gabungan itu sendiri.

Anwar turut mempertimbangkan beberapa isu penting dan kritikal rakyat yang dicatitkannya semasa terpenjara untuk dimasukkan dalam manifesto itu.

 


Post a Comment

0 Comments