AHLI PARLIMEN Shah Alam, Khalid Samad secara sinis menyindir hasrat Adun Seberang Jaya Afif Bahardin yang menyuarakan hasrat untuk bertanding di kerusi itu.
Khalid, yang mewakili kawasan itu sejak tiga penggal lalu berkata, sekalipun Azmin Ali bertanding di kawasan itu, rakyat Shah Alam diyakini akan menolak pemimpin yang dianggap 'dalang' menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui 'Langkah sheraton' itu.
“Kalau letak Azmin kat Shah Alam pun, saya rasa warga Shah Alam akan tolak.
“So apatah lagi anak buah Azmin, yang memang dah tak nampak apa-apa ketokohan pun,” katanya.
Utusan Malaysia dalam laporannya baru-baru ini berkata, Afif bersedia bertanding di Shah Alam atau Permatang Pauh sebagai calon parlimen pilihan raya umum ke-15.
Menurut Afif, jika diberikan laluan untuk bertanding di situ dia akan menumpukan kepada beberapa penting, termasuk isu sekoalah terpinggir dan kurang prestasi.
Khalid berkata dia mengalu-alukan jika pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu mempunyai idea yang baru, yang tidak merosakkan atau merompak duit kerajaan negeri.
“Kalau dia nak bawa idea yang baru, kena pastikan dia tak ‘tembak’ diri sendirilah,
“Tak ada nampak pun apa-apa cadangan yang bernas dikemukakan selama ini… nak kata dia di Shah Alam sedang memperjuangkan ini ke, itu ke, tak ada pun saya nampak, tak ada pun saya dengar nama dia
“Bukanlah saya kata saya lebih, tapi dia sendiri tak nampak pun apa-apa penonjolan yang dilakukan. Patutnya dia masuklah awal-awal (turun padang) nak adakan pilihan raya ni.,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Sementara itu dipetik laporan sama, Pengarah Komunikasi Amanah itu seolah-olah memberi bayangan bahawa beliau akan membuka laluan kepada muka baru untuk bertanding di kerusi itu.
"Saya dah tiga penggal dah di Shah Alam dan apa yang kita inginkan adalah supaya Shah Alam ni tugu pertahankan nilai-nilai politik yang baik, posiitf, tak mahu perkauman, tak mahu rasuah, nakkan pentadbiran yang telus.
“Saya melihat memang ramailah golongan muda yang Insya-Allah kalau mereka diturunkan (untuk bertanding jadi calon) saya akan berikan sokongan kepada mereka juga,” katanya.
Khalid, yang mewakili kawasan itu sejak tiga penggal lalu berkata, sekalipun Azmin Ali bertanding di kawasan itu, rakyat Shah Alam diyakini akan menolak pemimpin yang dianggap 'dalang' menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui 'Langkah sheraton' itu.
“Kalau letak Azmin kat Shah Alam pun, saya rasa warga Shah Alam akan tolak.
“So apatah lagi anak buah Azmin, yang memang dah tak nampak apa-apa ketokohan pun,” katanya.
Utusan Malaysia dalam laporannya baru-baru ini berkata, Afif bersedia bertanding di Shah Alam atau Permatang Pauh sebagai calon parlimen pilihan raya umum ke-15.
Menurut Afif, jika diberikan laluan untuk bertanding di situ dia akan menumpukan kepada beberapa penting, termasuk isu sekoalah terpinggir dan kurang prestasi.
Khalid berkata dia mengalu-alukan jika pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu mempunyai idea yang baru, yang tidak merosakkan atau merompak duit kerajaan negeri.
“Kalau dia nak bawa idea yang baru, kena pastikan dia tak ‘tembak’ diri sendirilah,
“Tak ada nampak pun apa-apa cadangan yang bernas dikemukakan selama ini… nak kata dia di Shah Alam sedang memperjuangkan ini ke, itu ke, tak ada pun saya nampak, tak ada pun saya dengar nama dia
“Bukanlah saya kata saya lebih, tapi dia sendiri tak nampak pun apa-apa penonjolan yang dilakukan. Patutnya dia masuklah awal-awal (turun padang) nak adakan pilihan raya ni.,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Khalid yakin rakyat tak sokong kumpulan 'pengkhianat' |

0 Comments