JAWATANKUASA Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri digesa menyiasat SPRM.
Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen veteran dari DAP, Lim Kit Siang setelah dakwanya tiada perkembangan dalam siasatan SPRM mengenai perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang baru-baru ini menarik perhatian ramai.
"Ini adalah paling tidak memuaskan. Saya harap PSC akan berjumpa segera dan memanggil (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Azam Baki untuk menjelaskan mengapa SPRM gagal mengambil tindakan terhadap sesiapa berhubung skandal LCS RM9 bilion.
"(SPRM) mendapat manfaat daripada dua laporan mengenai skandal LCS - Jawatankuasa Siasatan Khas Tadbir Urus Awam, Perolehan dan Kewangan LCS (JKUSTUPKK) yang diketuai oleh ketua juruaudit negara ketika itu, Ambrin Buang dan laporan audit forensik LCS (2011-2014) yang dijalankan oleh Alliance IFA (M) Sdn Bhd.
"Laporan ini mengandungi pelbagai kemungkinan pertuduhan berhubung rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, penyelewengan dan penipuan," kata Lim seperti dilapor media.
Difahamkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bergantung kepada kedua-dua laporan berkenaan untuk siasatan berhubung skandal itu.
Jawatankuasa itu sebelum ini mengesyorkan agar SPRM mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal tersebut.
Bagaimanapun SPRM dakwanya bertindak balas terhadap penemuan PAC itu dengan mendakwa bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd Ahmad Mohd Nor atas kesalahan yang tidak berkaitan dengan projek LCS.
Malah menurut Kit Siang, PSC juga perlu menyoal SPRM mengapa ia tidak bertindak lebih awal ke atas projek LCS memandangkan kosnya yang besar dan fakta bahawa projek itu bermula sejak Najib Abdul Razak menjadi menteri pertahanan.
“PSC harus bertanya secara khusus kepada Azam sama ada SPRM telah menyoal Najib mengenai skandal LCS RM9 bilion.
"Atau adakah PSC ini adalah PSC pertama yang gagal membuat sebarang perubahan dalam tadbir urus negara?" soalnya.
PSC itu menurut nya dipengerusikan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dari parti PAS.

Kit Siang dakwa SPRM lewat siasat skandal LCS |

0 Comments