SEORANG wakil rakyat memfailkan laporan kepada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.
Syerleena Rashid yang merupakan ADUN Seri Delima memfailkan laporan itu di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang.
Dipetik laporan FMT, beliay menggesa Ahli Parlimen Marang itu disiasat selepas Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown “mengesahkan” dakwaannya sebelum ini bahawa Abdul Hadi menerima rasuah RM90 dari Umno untuk mendapatkan sokongan PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) melalui dana 1MDB.
Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan oleh Clare pada 6 Ogos 2016.
Abdul Hadi kemudian atas faktor mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam mencari penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap defendan, manakala Clare turut menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.
Saman itu akhirnya diselesaikan di luar mahkamah, dengan Hadi dilaporkan membayar Rewcastle Brown RM1.4 juta pada 2019.
Isu dana RM90 juta itu baru-baru ini dibangkitkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng setelah Abdul Hadi mendakwa orang bukan Islam dan bukan bumiputra sebagai punca rasuah di negara ini.
Syerleena mahu siasatan dijalankan |
Sementara itu, Syerleena dalam sidang media di ibu pejabat DAP negeri berkata beliau diberitahu untuk tidak mendedahkan sifat atau merit aduan itu, dan mendakwa beliau disoal siasat oleh pegawai SPRM selama tiga jam ketika membuat laporan.
0 Comments