AHLI PARLIMEN Lembah Pantai Fahmi Fadzil mencadangkan penubuhan satu pusat anti-scam kebangsaan bagi memerangi jenayah penipuan dalam talian.
Ketua Penerangan KEADILAN itu melalui hantaran di Facebook berkata, pusat yang berpangkalan di Bank Negara (BNM) perlu melibatkan semua agensi termasuk polis, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pejabat Peguam Negara, Agensi Keselamatan Siber Malaysia (Nacsa), Ombudsman for Financial Transaction dan sebagainya.
“Had kerugian bagi transaksi dalam talian tanpa kebenaran perlu dipinda atau diubah dari RM25,000 ke RM100,000 bagi Ombudsman for Financial Transaction supaya lebih ramai mangsa scammer akan mendapat akses perkhidmatan OFS,” katanya.
Fahmi sementara itu turut mencadangkan kerajaan mewujudkan Dana Pemulihan.
Ia bagi membantu mangsa penipuan dalam talian dari segi kewangan, sama ada dengan ganti rugi penuh atau separa penuh jumlah yang dicuri penjenayah dalam talian itu.
Beliau turut menggesa ‘high-level taskforce’ ditubuhkan bagi mendakwa mereka yang terlibat dalam kegiatan membuat panggilan scammer, menempat atau melindungi penjenayah scammer serta merancang aktiviti scammer.
Selain itu kerajaan tegasnya perlu menjalin hubungan pelbagai hala antara negara Asean dalam mempertingkat keselamatan siber serta mewujudkan protokol kerjasama dari segi undang-undang bagi menghapuskan jenayah scammer di rantau Asean.
“Ini termasuk dengan mendapatkan kerjasama Asean dan Interpol bagi menahan dan mengekstradisi penjenayah-penjenayah sekiranya pusat-pusat panggilan atau aktiviti jenayah scammer tersebut berpangkalan di luar negara," tambahnya.
Pada 19 September lalu, Fahmi dalam satu sidang media di Petaling Jaya menuntut institusi kewangan agar mengeluarkan laporan tahunan berkaitan jumlah kes penipuan dan wang yang dicuri berdasarkan laporan polis.
![]() |
K'jaan perlu agresif bendung kegiatan scammer |
0 Comments