PRESIDEN UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ditempelak susulan kenyataan yang menafikan penglibatan dirinya dalam isu kapal tempur pesisir pantai (LCS).
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil menerusi catatan di Facebooknya berkata, walaupun Ahmad Zahid tidak mahu dirinya dikaitkan dengan skandal LCS namun laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menunjukkan sebaliknya.
Fahmi merujuk Letter of Intent (LOI) projek itu yang dikeluarkan pada 15 Oktober 2010 dan Letter of Award (LOA) diberi pada 16 Disember 2011 menurut siasatan PAC.
“Zahid merupakan Menteri Pertahanan dari 10 April 2009 hingga 15 Mei 2013.
"Ini bermaksud sewaktu LOI dan LOA bagi LCS dikeluarkan, beliau adalah Menteri Pertahanan dan seharusnya perkara tersebut dalam pengetahuannya," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Zahid dalam satu laporan media berkata, beliau tidak patut dipersalahkan atas kegagalan projek kapal tempur pesisir (LCS) kerana beliau bukan menteri pertahanan ketika kontrak itu dianugerahkan.
Berbanding laporan PAC, Zahid mendakwa kontrak itu diberikan pada 2014, setahun selepas tempoh perkhidmatannya sebagai menteri pertahanan berakhir.
“Jadi, mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),” katanya menurut laporan MalaysiaGazette.
Menyifatkan Zahid sebagai menteri yang terawal terlibat dalam projek itu, Fahmi mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang seakan tidak mahu bertanggungjawab terhadap isu berkenaan.
"RM6 bilion hangus, satu kapal tak sampai. Kenapa Zahid masih tak nak dikaitkan dengan skandal LCS ini?.
"Hebat Barisan Nasional (BN),” kata Fahmi lagi.
Sementara itu, bekas timbalan Menteri Pertahanan era Pakatan Harapan (HARAPAN) turut mengkritik kenyataan Zahid.
Liew Chin Tong melalui catatan Facebooknya berkata, projek itu diluluskan oleh Zahid semasa beliau menjadi menteri pertahanan pada 2011.
“Zahid bertanggungjawab atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS.
“Beliau mesti jawab kepada rakyat sekarang juga. Jangan lari.” tegasnya.
Kata Chin Tong lagi Zahid telah meluluskan perubahan spesifikasi kapal daripada reka bentuk awal Sigma, seperti yang dipilih oleh tentera laut, kepada model Gowind, berdasarkan saranan kontraktor projek, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Terdahulu, Timbalan Ketua Sekretariat Jawatankuasa Khas Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), Guna Arulalan David, ketika memberi keterangan kepada PAC pada 1 Disember 2020 berkata, pada asalnya TLDM bersetuju dan mengkehendaki reka bentuk SIGMA daripada Belanda yang pada asalnya dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan MINDEF dan Menteri Pertahanan ketika itu.
Namun begitu, disebabkan cadangan dikemukakan BNS, maka reka bentuk asal ditukar kepada GOWIND iaitu dari Perancis.
"Pada 26 Mei 2011, kita dapati Menteri, Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan TLDM untuk reka bentuk SIGMA dan Sistem Pengurusan Kombat yang berkaitan adalah daripada Palaise, Perancis.
"Pada 11 Julai 2011, Ahmad Zahid Hamidi bersetuju pula untuk memilih reka bentuk GOWIND. Pada 26 September 2011, bersetuju untuk perubahan kepada Sistem Pengurusan Kombat daripada yang asalnya taktikal ditukar kepada SETIS. Jenis SETIS dari Perancis juga atas syor syarikat BNS," katanya.
Arulalan David berkata, TLDM juga tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan tetapi terpaksa menerima memandangkan keputusan dibuat pihak pengurusan atasan MINDEF.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil menerusi catatan di Facebooknya berkata, walaupun Ahmad Zahid tidak mahu dirinya dikaitkan dengan skandal LCS namun laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menunjukkan sebaliknya.
Fahmi merujuk Letter of Intent (LOI) projek itu yang dikeluarkan pada 15 Oktober 2010 dan Letter of Award (LOA) diberi pada 16 Disember 2011 menurut siasatan PAC.
“Zahid merupakan Menteri Pertahanan dari 10 April 2009 hingga 15 Mei 2013.
"Ini bermaksud sewaktu LOI dan LOA bagi LCS dikeluarkan, beliau adalah Menteri Pertahanan dan seharusnya perkara tersebut dalam pengetahuannya," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Zahid dalam satu laporan media berkata, beliau tidak patut dipersalahkan atas kegagalan projek kapal tempur pesisir (LCS) kerana beliau bukan menteri pertahanan ketika kontrak itu dianugerahkan.
Berbanding laporan PAC, Zahid mendakwa kontrak itu diberikan pada 2014, setahun selepas tempoh perkhidmatannya sebagai menteri pertahanan berakhir.
“Jadi, mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),” katanya menurut laporan MalaysiaGazette.
Menyifatkan Zahid sebagai menteri yang terawal terlibat dalam projek itu, Fahmi mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang seakan tidak mahu bertanggungjawab terhadap isu berkenaan.
"RM6 bilion hangus, satu kapal tak sampai. Kenapa Zahid masih tak nak dikaitkan dengan skandal LCS ini?.
"Hebat Barisan Nasional (BN),” kata Fahmi lagi.
Sementara itu, bekas timbalan Menteri Pertahanan era Pakatan Harapan (HARAPAN) turut mengkritik kenyataan Zahid.
Liew Chin Tong melalui catatan Facebooknya berkata, projek itu diluluskan oleh Zahid semasa beliau menjadi menteri pertahanan pada 2011.
“Zahid bertanggungjawab atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS.
“Beliau mesti jawab kepada rakyat sekarang juga. Jangan lari.” tegasnya.
Kata Chin Tong lagi Zahid telah meluluskan perubahan spesifikasi kapal daripada reka bentuk awal Sigma, seperti yang dipilih oleh tentera laut, kepada model Gowind, berdasarkan saranan kontraktor projek, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Terdahulu, Timbalan Ketua Sekretariat Jawatankuasa Khas Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), Guna Arulalan David, ketika memberi keterangan kepada PAC pada 1 Disember 2020 berkata, pada asalnya TLDM bersetuju dan mengkehendaki reka bentuk SIGMA daripada Belanda yang pada asalnya dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan MINDEF dan Menteri Pertahanan ketika itu.
Namun begitu, disebabkan cadangan dikemukakan BNS, maka reka bentuk asal ditukar kepada GOWIND iaitu dari Perancis.
"Pada 26 Mei 2011, kita dapati Menteri, Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan TLDM untuk reka bentuk SIGMA dan Sistem Pengurusan Kombat yang berkaitan adalah daripada Palaise, Perancis.
![]() |
Zahid digesa jangan lari dari tanggungjawab |

0 Comments