SEORANG pemimpin sayap pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu bekas perdana menteri Najib Razak, bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dan menteri pertahanan semasa Hishamuddin Hussein disiasat berhubung kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS).
Ketuanya Dr Kelvin Yii berkata beliau kecewa apabila kerajaan dilihat tidak mengambil serius terhadap isu itu dan tidak mempunyai niat untuk bertanggungjawab.
Lebih malang jelasnya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut dilihat memekakkan telinga berhubung perkara itu.
“Kami menggesa pihak berkuasa untuk mengambil serius perkara ini dan menyiasat semua yang terlibat, termasuklah Najib, Zahid, Hishamuddin dan pemimpin lain,” kata Ahli Parlimen Bandar Kuching itu.
Projek LCS mendapat kritikan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selaku badan pemerhati Parlimen.
Pada Khamis lalu PAC berkata, Kajian daya maju (due diligence) yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk pembinaan lima kapal Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) gagal mengesan masalah kewangan syarikat berkenaan.
Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.
PAC juga mendapati pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS.
Pada asalnya, reka bentuk kapal jenis SIGMA pilihan TLDM telah dipersetujui oleh Menteri Pertahanan tetapi keputusan itu telah berubah kepada reka bentuk kapal jenis GOWIND pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS yang dibawa kepada Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Julai 2011.
PAC turut memberitahu, tiada satu pun daripada enam kapal yang dijadualkan untuk dihantar antara 2019 sehingga tahun ini telah diterima.
![]() |
Pemimpin terlibat mesti dihukum |
Beliau menggesa orang ramai supaya melakukan perkara yang sama sambil berkata bahawa pemimpin mesti memikul tanggungjawab dalam kegagalan perolehan projek, dengan mengatakan menteri kanan yang mempunyai kuasa membuat keputusan secara langsung mahupun tidak langsung dalam projek itu harus disiasat.
0 Comments