TIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli mempersoal tindakan pentadbiran Najib Razak tidak membeli kapal tempur pesisir secara terus daripada DCNS berbanding melalui struktur berlapis-lapis melibatkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan dua subkontraktor lain.
Bekas Ahli Parlien Pandan itu dalam kenyataan pada Selasa berkata, tindakan kerajaan itu telah menyebabkan Perolehan kapal tempur pesisir (LCS) naik tiga kali ganda.
“Secara logiknya, jika DCNS adalah pembekal utama kepakaran, reka bentuk dan pembinaan kapal LCS, sewajarnya kerajaan Malaysia melantik DCNS secara terus (seperti yang dibuat semasa projek kapal selam Scorpene)”, kata Rafizi.
Mengulas lanjut dakwaanya, Rafizi berkata BNS telah menandatangani surat perjanjian dengan sub kontraktor pertama bagi dua pakej bernilai RM1.18 billion.
Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) yang menurutnya sub kontraktor berikutnya melantik syarikat bersekutunya Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) sebagai sub kontraktor kepada mereka.
Syarikat bersekutu itu kemudiannya membuat sub kontrak kerja kepada syarikat tentera laut Perancis DCNS sebanyak RM397 juta yang menyebabkan kos bertambah sebanyak 200%.
"Siasatan menunjukkan dua pakej yang dimuktamadkan pada harga RM1.185 bilion dengan kerajaan Malaysia, sedangkan surat lantikan dari CED (subkontraktor lapis kedua) kepada DCNS meletakkan kos sebanyak RM397 juta sahaja.
“Maknanya, bagi kerja-kerja yang akan diinvois oleh DCNS kepada CED sebanyak RM397 juta, tuntutan dari sub-kontraktor CED dan CAD kepada kerajaan Malaysia (melalui BNS) adalah tiga kali ganda lebih mahal,” tambahnya.
Rafizi berkata walaupun beliau memahami alasan untuk melalui BNS adalah untuk membangunkan keupayaan syarikat tempatan dan membantu veteran tentera kerana syarikat itu dimiliki oleh dana pencen angkatan tentera (LTAT), namun kontrak “berlapis-lapis” sub-kontraktor membayangkan ada unsur-unsur penyelewengan.
Pada Isnin menegaskan bahawa Najib tidak boleh “cuci tangan” terhadap skandal LCS.
Katanya, Najib ialah perdana menteri dan merupakan satu-satunya individu yang berkuasa untuk mempengaruhi perubahan dalam reka bentuk kapal daripada keperluan tentera laut sewaktu kerajaan menandatangani perjanjian bagi kapal LCS.
Bekas Ahli Parlien Pandan itu dalam kenyataan pada Selasa berkata, tindakan kerajaan itu telah menyebabkan Perolehan kapal tempur pesisir (LCS) naik tiga kali ganda.
“Secara logiknya, jika DCNS adalah pembekal utama kepakaran, reka bentuk dan pembinaan kapal LCS, sewajarnya kerajaan Malaysia melantik DCNS secara terus (seperti yang dibuat semasa projek kapal selam Scorpene)”, kata Rafizi.
Mengulas lanjut dakwaanya, Rafizi berkata BNS telah menandatangani surat perjanjian dengan sub kontraktor pertama bagi dua pakej bernilai RM1.18 billion.
Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) yang menurutnya sub kontraktor berikutnya melantik syarikat bersekutunya Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) sebagai sub kontraktor kepada mereka.
Syarikat bersekutu itu kemudiannya membuat sub kontrak kerja kepada syarikat tentera laut Perancis DCNS sebanyak RM397 juta yang menyebabkan kos bertambah sebanyak 200%.
"Siasatan menunjukkan dua pakej yang dimuktamadkan pada harga RM1.185 bilion dengan kerajaan Malaysia, sedangkan surat lantikan dari CED (subkontraktor lapis kedua) kepada DCNS meletakkan kos sebanyak RM397 juta sahaja.
“Maknanya, bagi kerja-kerja yang akan diinvois oleh DCNS kepada CED sebanyak RM397 juta, tuntutan dari sub-kontraktor CED dan CAD kepada kerajaan Malaysia (melalui BNS) adalah tiga kali ganda lebih mahal,” tambahnya.
![]() |
Kos dapat dijimatkan jika beli terus dari DNCS |

0 Comments