Oleh: MOHD SAYUTI OMAR | Skandal demi skandal yang berlaku dalam negara ini membabitkan wang rakyat dan negara hagus begitu sahaja, negara mengalami kerugian berbillion ringgit, keadaan inilah menyebabkan Anwar Ibrahim "bersungguh" untuk jadi perdana menteri.
Atas kepercayaan dan kredibiliti yang ada kepadanya, menyebabkan rakyat yang tidak berkepentingan terutamanya golongan marhaen sangat mendambakan agar beliau jadi perdana menteri.
Rekod bersih yang dipegang ahli parlimen Port Diskson itu sebagai politis negara ini, tidak terbabit dengan apa-apa skandal kewangan, tidak dihadap ke mahkamah kerana jenayah menjadikan rakyat berharap dan mengimpikannya menjadi pemimpin nombor satu negara ini.
Rakyat ingin melihat apakah kredbiliti, integriti dan intelektualiti yang dimiliknya itu dapat diaplikasikan dalam pemerintahan apabila beliau jadi perdana menteri kelak?
Selagi beliau tidak berada di kerusi nombor satu negara itu, khalayak tidak dapat menghukum dengan menyamakan beliau sama dengan ahli politik lain yang pernah menjadi perdana menteri yang setengahnya tidak mempedulikan langsung soal integeriti malahan terbabit sama menyangak wang negara berbillion ringgit.
Mereka hanya berjanji tetapi tidak bersungguh melaksanakannya, apa yang terjadi memperalatkan mandat rakyat untuk tembolok sendiri.
Sekiranya Anwar terlepas untuk diangkat menjadi perdana menteri, rakyat negara ini dikira malang dan tidak bernasib baik kerana tidak berpelung untuk melihat apakah idealisme, gagasan dan impian yang ditularkannya untuk rakyat dan negara ini apakah ia dapat dilaksanakan atau tidak.
Ketidaksempatan itu sesuatu kemalangan buat negara ini untuk tempoh yang begitu panjang.
![]() |
Tak keterlaluan anggap Anwar mujadid politik |
Tidak melampau kalau saya bilang Anwar berjaya menampilkan dirinya sebagai mujadid politik bangsa.
MOHD SAYUTI OMAR adalah pemerhati politik semasa tanah air yang pernah menghasilkan beberapa naskah buku.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang dikongsikan di laman Facebook beliau, ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia.
0 Comments