KETUA Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan menghentikan projek kapal tempur pesisir (LCS) yang sehingga kini dilapor telah menelan belanja sekitar RM6.bilion.
Merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi fasa kedua dan ketiga projek LCS, Anwar berkata projek bernilai RM9.128 bilion itu wajar dihentikan bagi mengelak ketirisan dari terus berlaku.
Baki bagi projek yang sedang dipersoal itu ujarnya wajar digunakan bagi tujuan membantu rakyat terutama golongan pesar tentera di negara ini sedang terbeban dengan isu ekonomi.
"Saya gesa dan tuntut kerajaan untuk fasa (LCS) berikutnya yang belum dilaksanakan (kira-kira) setengah bilion ringgit mesti dihentikan.
"Jadi yang setengah bilion ini saya tekankan harus dimanfaatkan oleh golongan berpendapatan rendah terutamanya pesara, dan veteran tentera yang sekarang membuat tuntutan daripada Kementerian Pertahanan (Mindef) dan kerajaan.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dalam kenyataan semalam membangitkan beberapa isu berkautan kontrak projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus.
Rumusan itu antaranya mendedahkan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS)
tidak menggunakan sepenuhnya bayaran yang diterima daripada kerajaan
untuk projek tersebut, menyebabkan syarikat BNS menghadapi 'cost
overrun' sebanyak RM1.4005 bilion.
“Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan,” katanya.
Beliau juga berkata, PAC juga mendapati pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS.
Anwar sementara itu mendesak supaya menteri pertahanan yang terlibat sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga ketua setiausaha Kementerian Pertahanan ketika itu perlu dipanggil bagi tujuan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) segera.
![]() |
Anwar kecewa negara terus dibebani isu ketirisan |
0 Comments