TIMBALAN Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dijangka akan membuat pendedahan baharu berhubung isu dalam projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).
Melalui laman mikro Twitternya semalam, Rafizi berkata akan mendedahkan nama syarikat palsu yang dakwanya ditubuhkan bagi tujuan penyelewengan dalam projek terbesar pertahanan negara ini.
“Modus operandi mirip-mirip isu IMDB. Nama syarikat seolah-olah sama tetapi syarikat lain.” katanya.
Mengulas lanjut tentang dakwaan itu, Rafizi berkata, BNS telah menandatangani surat perjanjian dengan sub kontraktor pertama bagi dua pakej bernilai RM1.18 billion.
Katanya, sub kontraktor (BNS) seterusnya melantik syarikat bersekutunya sebagai sub kontraktor kepada mereka. Syarikat bersekutu itu kemudiannya membuat subkontrak kerja kepada syarikat tentera laut Perancis DCNS sebanyak RM397 juta, menambah kos sebanyak 200%.
Rafizi yang sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan mendedahkan skandal penyelewengan projek LCS bernilai RM9 bilion dalam tempoh sebulan telah melontarkan beberapa persoalan mengenai 'perkara tidak kena' dalam projek itu.
Beliau menegaskan walaupun Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) adalah syarikat sekutu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), namun kawalan pengurusannya dipegang oleh syarikat asing.
Anak syarikat LTAT, Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) dakwanya telah meluluskan pembelian saham 51 peratus dalam CAD pada 28 April 2010, serta selebihnya dimiliki kontraktor pertahanan Jerman Rheinmetall Air Defence AG (RAD).
“Dalam perjanjian pembelian 51% pegangan dalam CAD bertarikh 13 Ogos 2010 antara BHIC (melalui anak syarikatnya) dan RAD (melalui anak syarikatnya), BHIC bersetuju bahawa RAD yang mempunyai kawalan pengurusan ke atas CAD, walaupun CAD dimiliki secara majoriti oleh BHIC,” kata Rafizi.Rafizi dakwa penyelewengan mirip 1MDB
Beliau baru-baru ini turut mempersoalkan apakah benar subkontraktor lapisan kedua (Contraves Electrodynamics Sdn Bhd, atau CED) membuat tuntutan sebanyak RM178 juta sebagai yuran memulakan kerja (“mobilisation fee”) pada hari yang sama ia dilantik, sedangkan pada ketika itu subkontraktor ini ditubuhkan 45 hari sebelum itu.
0 Comments