PRESIDEN UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menjadi sorotan media apabila didakwa sebagai individu bertanggungjawab menukar reka bentuk kapal tempur pesisir (LCS) daripada Sigma kepada Gowind.
Beberapa portal berita tempatan semalam memetik Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dinyahklasifikasi (declassified) yang mendedahkan bukti membabitkan tulisan tangan Ahmad Zahid sendiri.
Bukti dalam bentuk surat yang dihantar oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) pada 8 Julai 2010 kepada Zahid - yang merupakan menteri pertahanan ketika itu - meminta surat niat (LOI) mengenai projek LCS.
Pengarah Urusan BNS Ahmad Ramli Mohd Nor yang juga bekas panglima tentera laut - dalam surat itu berkata mereka memerlukan LOI untuk meyakinkan pengeluar peralatan asal (OEM) bahawa projek itu "mendapat mandat dan restu dari kerajaan."
Bertindak atas surat BNS itu, Zahid mencatat di sudut atas kanan surat "SUB (Setiausaha Bahagian) Perolehan, sila laksanakan." menurut laporan Malaysiakini.
Pendedahan itu sekaligus menyanggah kenyataan Zahid bahawa tidak wajar untuk menyalahkannya atas kegagalan perolehan LCS kerana projek itu diberikan selepas tempohnya sebagai menteri pertahanan berakhir pada 2013.
Dipetik laporan FMT pula, keputusan mengubah reka bentuk kapal itu dibuat selepas mendapat syor dari BNS walaupun ia bertentangan dengan pendirian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mahukan kapal jenis Sigma dari Belanda.
“Panglima tentera laut ketika itu, Abdul Aziz Jaafar, mempertahankan pendirian dan konsisten memilih reka bentuk Sigma dari Belanda dalam pembinaan LCS.
“Ini jelas diperlihatkan dalam surat panglima tentera laut kepada ketua setiausaha Kementerian Pertahanan pada 17 Ogos 2011 dan kepada Perdana Menteri, Najib Razak pada 7 Sept 2011,” kata portal itu pula.
Laporan itu juga menyatakan BNS telah memajukan permohonan untuk meningkatkan kos pembinaan enam LCS dengan mengemukakan justifikasi perincian kos baharu iaitu berjumlah RM1.416 billion.
“Perincian kos tersebut dilihat telah meningkat masing-masing sebanyak RM41 juta dan RM722.43 juta berbanding justifikasi awal BNS bertarikh 17 Mei 2019 iaitu berjumlah RM1.375 bilion (worst case scenario) atau RM693.57 juta (optimistic case scenario).
“Dalam tempoh dua bulan boleh berlaku cadangan peningkatan kos sebanyak RM41 juta atau RM722.43 juta,” menurut laporan JKSTUPKK.
Beberapa portal berita tempatan semalam memetik Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dinyahklasifikasi (declassified) yang mendedahkan bukti membabitkan tulisan tangan Ahmad Zahid sendiri.
Bukti dalam bentuk surat yang dihantar oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) pada 8 Julai 2010 kepada Zahid - yang merupakan menteri pertahanan ketika itu - meminta surat niat (LOI) mengenai projek LCS.
Pengarah Urusan BNS Ahmad Ramli Mohd Nor yang juga bekas panglima tentera laut - dalam surat itu berkata mereka memerlukan LOI untuk meyakinkan pengeluar peralatan asal (OEM) bahawa projek itu "mendapat mandat dan restu dari kerajaan."
Bertindak atas surat BNS itu, Zahid mencatat di sudut atas kanan surat "SUB (Setiausaha Bahagian) Perolehan, sila laksanakan." menurut laporan Malaysiakini.
Pendedahan itu sekaligus menyanggah kenyataan Zahid bahawa tidak wajar untuk menyalahkannya atas kegagalan perolehan LCS kerana projek itu diberikan selepas tempohnya sebagai menteri pertahanan berakhir pada 2013.
Dipetik laporan FMT pula, keputusan mengubah reka bentuk kapal itu dibuat selepas mendapat syor dari BNS walaupun ia bertentangan dengan pendirian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mahukan kapal jenis Sigma dari Belanda.
“Panglima tentera laut ketika itu, Abdul Aziz Jaafar, mempertahankan pendirian dan konsisten memilih reka bentuk Sigma dari Belanda dalam pembinaan LCS.
“Ini jelas diperlihatkan dalam surat panglima tentera laut kepada ketua setiausaha Kementerian Pertahanan pada 17 Ogos 2011 dan kepada Perdana Menteri, Najib Razak pada 7 Sept 2011,” kata portal itu pula.
Bukti surat sanggah kenyataan Zahid sebelum ini |

0 Comments