BEKAS menteri pertahanan, Mohamad Sabu dan timbalannya, Liew Chin Tong mengkritik Hishamuddin Hussein dengan menyifatkan menteri itu sebagai bersandiwara.
Mereka berkata begitu sebagai mengulas lawatan menteri itu bersama media ke tapak pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), Boustead Naval Shipyard (BNS) di Lumut pada Sabtu.
“Semalam (Sabtu), pihak Kementerian Pertahanan membawa wakil media lawat ke tapak pembinaan LCS di Lumut dengan niat untuk meyakinkan rakyat bahawa LCS memang wujud dan projek ini masih berlangsung.
“Menurut rakan daripada pihak media, lawatan semalam seperti ‘tikus baiki labu’.
"Media dibawa ke ‘hull’ (badan kapal) LCS 1 dan badan kapal LCS 2 hanya boleh dilihat dari jauh. Kapal-kapal yang lain tidak kelihatan,” kata mereka sambil mengingatkan Hishammuddin untuk tidak menyorokkan kebenaran bahawa projek LCS adalah projek sakit
Mengulas lanjut, mereka menegaskan bahawa Hishamuddin cuba membuktikan bahawa kapal dan badan kapal memang wujud seperti dakwaan bekas perdana menteri, Najib Razak sebelum ini.
Isu projek LCS mula mencuri tumpuan apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) mendedahkan bahawa kira-kira RM6 bilion telah dibelanjakan.
Perolehan enam kapal tempur LCS diluluskan oleh kerajaan persekutuan pada awal 2011 berikutan permintaan yang dibuat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Pada akhir 2011, kontrak RM9 bilion diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) secara terus tanpa tender terbuka.
Kontrak itu berkuat kuasa pada 3 Oktober 2013 dan akan tamat pada 2 Oktober tahun depan.
LCS pertama sepatutnya dihantar pada 2019. Namun setelah tiga tahun dari tarikh itu, tidak ada satu kapal pun yang telah disiapkan.
Hasil lawatan media ke Lumut pada Sabtu itu, pihak media diberitahu kapal pertama yang sepatutnya telah diserahkan itu hanya siap sehingga 60 peratus.
Manakala bagi kapal kedua (LCS 2) kemajuannya hanya mencapai 48 peratus, LCS 3 (43 peratus), LCS 4 (36 peratus) dan LCS 5 (22 peratus).
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh sebelum ini mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengemukakan kertas siasatan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian LCS kepada Jabatan Peguam Negara.
Sementara itu di media sosial, warganet mempersoal percubaan kerajaan membuktikan kewujudan kapal berkenaan sedangkan isu sebenarnya adalah kegagalan menyiapkan dan menyerahkan kapal berkenaan seperti ditetapkan.

Pernah dilancarkan pada 2017, tapi tak siap |

0 Comments