Skandal LCS: Menteri perlu dipertanggungjawabkan, kata Patriot


KUMPULAN
veteran tentera dan polis menyifatkan skandal projek kapal tempur pesisir (LCS) sebagai contoh jelas berlakunya penyelewengan, salah tadbir dan rasuah yang didakwa berlaku secara meluas di peringkat kementerian.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaaan (Patriot) brigadier jeneral (bersara), Arshad Raji berkata, kehilangan RM6 bilion yang dibayar tanpa ada sebuah kapal siap dan diserahkan dalam skandal itu merupakan “kecurian tahap tertinggi”.

“Sangat membingungkan untuk memahami bagaimana sejumlah besar wang dibayar oleh kementerian kewangan tanpa melakukan pemeriksaan fizikal memastikan wang berkenaan dibelanjakan dengan betul,” katanya.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya pada Khamis mendedahkan tiada LCS disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) -Syarikat yang dilantik untuk projek itu secara rundingan terus.
 
Sedangkan menurut PAC, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan kepada TLDM.

Laporan itu turut mendedahkan terma-terma kontrak ketika Ahmad Zahid Hamidi adalah Menteri Pertahanan ketika itu adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan.

Malah pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek berkenaan.

Sementara itu, Arshad dalam surat terbuka-nya memuji bekas panglima tentera laut, Abdul Aziz Jaafar, kerana berani bersuara terhadap kementerian pertahanan dan kontraktor kerana mengenepikan pandangan profesional berhubung projek LCS.

Beliau turut mempersoalkan apakah Zahid yang merupakan menteri pertahanan ketika itu berseorangan berhubung projek LCS atau adakah tiada sesiapa pun yang mengambil tanggungjawab untuk memberi taklimat secukupnya kepadanya.

 Patriot mahu kerosakan segera dihentikan
Sambil mendesak perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob bertindak “segera dan menghentikan kerosakan” turut berkata, Patriot ingin mengetahui sama menteri pertahanan ketika itu boleh dilepaskan daripada bertanggungjawab terhadap kegagalan projek itu.

"Kepimpinan dalam apa jua bentuk kelayakan sejagat bermaksud ketua perlu mengambil tanggungjawab penuh. Titik.” kata Arshad lagi.

Post a Comment

0 Comments