PERTUBUHAN Transparency International Malaysia (TI-M) menyelar kerajaan dengan berkata, kegagalan atau kelewatan kerajaan bertindak dalam isu projek Isu projek kapal tempur pesisir (LCS) sebagai menunjukkan sikap tidak ikhlas terhadap komitmen melaksanakan reformasi institusi dan agenda membasmi rasuah.
Dipetik laporan Utusan, pertubuhan dunia yang mengepalai gerakan membasmi rasuah itu berkata, oleh kerana tiada komitmen reformasi itu, Malaysia kini makin dikenali dengan amalan tadbir urus buruk yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit dana awam.
“Malaysia kini semakin dikenali dengan amalan tadbir urus buruk yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit dana awam daripada 1MDB kepada projek LCS ini.
“Tindakan sudah dan terus akan diambil ke atas isu 1MDB. Berapa lama lagi kah kita perlu menunggu untuk melihat pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan kerana satu lagi kegagalan?” katanya mereka.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada minggu lalu mendedahkan kontrak projek LCS diberikan kepada syarikat BNS (Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd) secara rundingan terus dengan kerajaan membayar RM6.083 bilion.
BNS sepatutnya harus menyiapkan dan menyerahkan lima buah kapal LCS kepada TLDM secara berperingkat sejak 2013 hingga Ogos ini kepada kerajaan.
Namun sehingga kini, tiada satu pun kapal itu diserahkan kepada TLDM sebagai pengguna akhir.
Dikritik banyak pihak, menteri pertahanan Hishamuddin sewaktu menjawab soalan berkaitan isu itu di Dewan Negara pada Isnin berkata, beliau yakin kapal pertama dapat disiapkan dalam masa setahun dua lagi.
Dalam pada itu, TI-M meminta kerajaan tidak membuat bayaran lanjut bagi projek pembinaan LCS sehingga penghantaran kapal yang memenuhi spesifikasi kontrak dibuat dan setimpal dengan jumlah RM6.083 bilion yang dibayar sehingga kini.
Mereka turut menggesa kerajaan menyiasat kontraktor dan subkontraktor LCS di semua peringkat bagi memastikan tiada pemalsuan syarikat (dummy companies) yang mendorong kepada penggelapan kontrak dengan nilai yang besar itu.
![]() |
M'sia makin dikenali dengan urus tadbir buruk |
“Prosiding jenayah perlu dimulakan terhadap sesiapa yang disyaki melakukan kesalahan di bawah pelbagai undang-undang di Malaysia, terutama suapan, rasuah dan salah guna jawatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata mereka lagi.
0 Comments