BEKAS MENTERI Pertahanan era Pakatan Harapan (HARAPAN), Mohamad Sabu menyeru rakyat negara ini memberi semula kuasa pemerintahan negara kepada gabungan itu.
Bercakap pada Majlis Makan Malam Amal yang dianjurkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) baru-baru ini, Mohammad Sabu berkata, dengan mengembalikan semula kuasa pentadbiran itu kepada HARAPAN, negara ini boleh diselamatkan dari terus hilang keyakinan oleh masyarakat antarabangsa.
Maruah Malaysia di mata dunia tegas beliau kini telah jatuh merudum.
Mengambil contoh kepesatan negara jiran, Malaysia yang dulu sering dijadikan rujukan satu ketika dulu seolah-olah telah disisihkan kini.
“Lihatlah siapa yang menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa sekarang… Jokowi (Presiden Indonesia) dan Vietnam yang ekonominya mencanak naik,” katanya.
Imej negara tercalar akibat skandal kewangan terbesar 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Susulan skandal itu nama Malaysia dikenali sebagai negara Kleptokrasi atau negara yang dikuasai oleh perompak dan penyamun.
Untuk rekod, ketika HARAPAN mengambil alih pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) beberapa usaha reformasi bagi memulihkan imej negara telah digerakkan.
Pendedahan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International pada 2019 menunjukan peningkatan ketara dalam usaha membendung rasuah apabila negara dengan berada pada kedudukan 51 tahun lalu, berbanding kedudukan 61 pada 2018.
Namun sebak pentadbiran negara dirampas dari HARAPAN melalui 'Langkah Sheraton' menyaksikan Malaysia kembali jatuh ke tangga 62 bagi tahun 2021.
Ahli Ekonomi seperti Dr Nungsari Ahmad Radhi berpandangan kelemahan itu bukan sahaja menjejaskan pelaburan dalam dan luar negara tetapi turut membantutkan pertumbuhan ekonomi dan juga pekerjaan.
Selain masalah rasuah, negara turut dilapor terlepas beberapa pelaburan penting sebelum ini susulan situasi politik negara yang tidak stabil selepas kerajaan diambil alih Perikatan Nasional (PN) yang terdiri dari Bersatu, PAS, Umno dan sekutu mereka.
![]() |
Masa depan negara berada di tangan rakyat |
“Lihatlah di Selangor dan Pulau Pinang. Selepas berjaya memerintah satu penggal selepas pilihan raya 2008, rakyat kedua-dua negeri itu kekal dengan HARAPAN sehingga kini,” kata Presiden AMANAH itu.
Dalam Majlis itu juga Mohammad menyatakan keyakinannya jika BN kembali berkuasa penuh selepas PRU akan datang, perangai lama Umno akan menguasai cara negara ini ditadbir yang penuh dengan korupsi.
0 Comments