BEKAS Panglima Tentera Laut Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar sedia mendedahkan punca kapal tempur pesisir pantai (LCS) gagal disiapkan sehingga ke hari ini.
Dipetik laporan Utusan Malaysia, Abdul Aziz bagaimanapun berkata tidak boleh mengulas berhubung kontroversi perolehan kapal bernilai RM9.1 bilion tersebut yang dianugerahkan secara rundingan terus dengan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) kerana tidak dibenarkan pihak berwajib.
“Saya tidak mahu komen buat masa ini sehingga surat saya berkaitan isu berkenaan dibenar untuk didedahkan kepada umum.
“Tidak semua boleh membacanya kecuali orang yang dibenarkan oleh perkhidmatan,” katanya.
Terdahulu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan hasil dapatan mereka melibatkan projek LCS kepada umum.
Kerajaan menurut jawatankuasa itu telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.
Wong Kah Woh yang merupakan Pengerusi PAC berkata, meskipun sebuah kapal LCS pernah dilancarkan pada 2017 lalu seperti dilapor media, namun kapal tersebut sebenarnya dalam keadaan tidak siap dan dihantar balik ke kilang atau limbungan untuk teruskan pembinaan sebaik dilancarkan.
Beberapa persoalan timbul hasil siasatan mereka, ia antaranya tindakan menukar reka bentuk kapal jenis Sigma seperti dikehendaki TLDM kepada reka bentuk kapal jenis Gowind oleh kementerian.
Abdul Aziz Jaafar sebelum ini mengakui kecewa apabila segala teguran dan pendiriannya mengenai tatacara perolehan projek pembinaan LCS tidak diendahkan.
Dalam jawapan dikongsikan PAC, beliau telah memajukan sekurang-kurangnya 10 surat teguran berhubung apa yang berlaku dalam projek itu.
teguran melalui surat rasmi itu diberikan kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Setiausaha Negara dan Perdana Menteri yang memegang jawatan pada ketika itu.
“Untuk makluman, saya telah majukan sekurang-kurangnya 10 surat teguran. Surat tidak puas hati, surat untuk memaklumkan pendirian TLDM kepada KSU sebanyak 10 surat, kepada Yang Berhormat Menteri lima surat, kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan satu surat, kepada Ketua Setiausaha Negara satu surat, dan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dua surat.
“Jadi surat-suratnya telah pun di-archive (direkodkan). It was archived (ia telah direkodkan). We archived to ensure that it will be available for reference (kami rekod untuk pastikan ia boleh dijadikan sebagai rujukan)
“And I would not be blamed for the failure to perform in my job as the Chief of Navy (dan saya tidak akan dipersalahkan atas kegagalan untuk melaksanakan tugas saya sebagai Panglima Tentera Laut. Saya menjangkakan sebenarnya, untuk makluman.
“Ini kerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Daripada awal lagi saya kata, ‘Something is gravely wrong’ (ada sesuatu yang tidak kena),” katanya.
Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini menyifatkan skandal LCS sebagai perkara besar. Ia jelasnya mirip kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Beliau mendakwa sekurang-kurangnya RM890 juta duit rakyat hangus daripada projek yang gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan itu.
![]() |
Ada sesuatu yang tak kena, kata Abdul Aziz |
Mereka adalah bekas Perdana Menteri Najib Razak, Presiden Umno yang adalah bekas Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Pertahanan sekarang, Hishammuddin Hussein.
0 Comments