Skandal 1MDB: Polis rakam keterangan Apandi hari ini


BEKAS peguam negara Apandi bakal direkodkan keterangannya oleh pihak polis hari ini susulan dakwaan terbabit salah guna kuasa dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC international.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dipetik laporan media berkata, pihaknya akan mengambil keterangan Apandi pada 2.30 petang ini.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Ini susulan laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Klang Charles Santiago di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan beberapa hari lalu yang mendakwa Apandi cuba 'membersihkan' bekas perdana menteri Najib Razak dari skandal kewangan terbesar itu.

Charles memetik kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azimah Omar menolak saman fitnah difailkan Apandi terhadap veteran DAP, Lim Kit Siang.

Aziman dalam keputusannya berkata, Apandi tidak bertemu atau bercakap dengan penderma keluarga Diraja Saudi yang didakwa ada kaitan dengan bekas perdana menteri itu walaupun berkata sebaliknya, pada sidang media pada 26 Jan 2016.

Bekas Peguam Negara itu juga jelasnya “sangat jelas bersikap acuh tak acuh, mengelak, menipu dalam mengejar kebenaran di sebalik derma luar biasa itu”

Apandi didakwa salah guna kuasa
Seksyen 217 Kanun Keseksaan berkenaan kesalahan penjawat awam yang mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyelamatkan orang daripada seksaan, atau harta daripada dirampas.

Ia membawa keselahan penjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Post a Comment

0 Comments