RAFIZI RAMLI menolak penjelasan Najib Razak berkaitan pemilikan saham syarikat subkontraktor dalam projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang gagal disiapkan.
Dipetik laporan Malaysiakini, Timbalan Presiden KEADILAN itu menegaskan walaupun Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) adalah syarikat sekutu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), namun kawalan pengurusannya dipegang oleh syarikat asing.
Anak syarikat LTAT, Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) dakwanya telah meluluskan pembelian saham 51 peratus dalam CAD pada 28 April 2010, serta selebihnya dimiliki kontraktor pertahanan Jerman Rheinmetall Air Defence AG (RAD).
“Dalam perjanjian pembelian 51% pegangan dalam CAD bertarikh 13 Ogos 2010 antara BHIC (melalui anak syarikatnya) dan RAD (melalui anak syarikatnya), BHIC bersetuju bahawa RAD yang mempunyai kawalan pengurusan ke atas CAD, walaupun CAD dimiliki secara majoriti oleh BHIC,” dakwanya.
Rafizi mendakwa keputusan “tidak masuk akal itu” dipersetujui oleh pengerusi lembaga pengarah BHIC ketika itu Lodin Wok Kamaruddin yang menurutnya diketahui umum rapat dengan Najib.
"Ini adalah satu tindakan yang tidak masuk akal. Dalam mana-mana aturan syarikat yang mempunyai dua pemegang saham berbeza, kawalan pengurusan dipegang oleh pemegang saham majoriti.
"Sebab itu saya sebut, berdasarkan semua bukti setakat ini, ia membayangkan ada perancangan tersusun dari awal untuk memastikan penyelewengan di dalam projek LCS ini dapat disembunyikan melalui pelbagai transaksi rumit, termasuk mewujudkan dua lapisan subkontraktor sedangkan BNS boleh saja menguruskan projek ini dengan sendiri,” katanya.
Rafizi sebelum ini mendedahkan bagaimana projek kapal perang LCS menggunakan dua lapis subkontraktor (iaitu CAD dan CED) sehingga menyebabkan kos naik tiga kali ganda (kos sebenar dari DCNS hanya RM397 juta tetapi yang dituntut dari kerajaan oleh subkontraktor adalah RM1.2 bilion).
Disebalik jawapan Najib bahawa CAD dan CED adalah syarikat-syarikat bersekutu LTAT, bekas perdana menteri itu jelasnya tidak menjawab persoalan pokok berkenaan isu komisen 200% yang ditimbulkannya sebelum ini.
Mengulas lanjut berkenaan perjanjian pembelian saham itu, Rafizi berkata antara kawalan yang dilepaskan termasuklah pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ketua pegawai kewangan (CFO), dua jawatan pengurusan paling penting dalam CAD.
“Selain dari mengawal pengurusan CAD, wakil-wakil RAD juga diberi kuasa menandatangani cek dan meluluskan perbelanjaan tanpa perlu merujuk kepada wakil BHIC di dalam CAD,” kata lagi.
Sehubungan itu, Rafizi menuntut penjelasan Najib untuk mendedahkan siapa yang campur tangan sehingga kontraktor utama Boustead Naval Shipyard (BNS) melepaskan kawalan ke atas subkontraktor kepada bukan rakyat Malaysia.
“Atas pengaruh dan campur tangan siapa yang membawa masuk RAD sedangkan maklumat pada ketika itu menunjukkan mereka tidak ada kepakaran sepenuhnya untuk mengendalikan projek ini?” soalnya.
Rafizi mendakwa RAD hanya mempunyai kepakaran dalam sistem kawalan tembakan, bukan mengendalikan keseluruhan projek yang melibatkan komponen lain seperti sistem pengurusan pertempuran (CMS).

![]() |
Rafizi tanya Najib soalan baru |

0 Comments