Anwar gesa rakyat buang pemimpin yang rompak negara


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak pihak berkuasa segera mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab jawab terhadap skandal kapal tempur pesisir (LCS) untuk dibawa ke muka pengadilan.

Bercakap kepada pemberia selepas menghadiri satu program di Perak pada Khamis, Anwar menyifatkan skandal itu sebagai rompakan besar-besaran dan ia tidak boleh dibiarkan terus berlaku.

"Saya tak peduli siapa salah, saya nak kenal pasti siapa yang bertanggungjawab mengambil keuntungan komisen menyebabkan kerosakan ini.

"Saya tekankan bukan LCS sahaja, setiap projek besar, setiap projek mega mesti ada rompakan. Apa jenis negara yang boleh biarkan perkara ini berlarutan?

"Cara selesaikan adalah buang pemimpin sama ada Melayu, Cina, India atau Iban yang merosakkan negara dengan rompakan kali ini. Itu pendirian kita," katanya.

Projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan, dengan kos keseluruhan sebanyak RM9 bilion. Kontrak bagi projek itu bermula pada 2013 dan dijangka siap dalam masa 10 tahun.

Khamis lalu, PAC dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima, setakat ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

Rakyat tak boleh biar penyelewengan berterusan


Anwar dalam satu perkongsian video sebelum ini mahu  bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi supaya tampil memberikan penjelasan mengenai pembabitan mereka dalam skandal projek kapal tempur pesisir (LCS) kepada rakyat.


Ketua Pembangkang di Parlimen itu juga mahu Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein perlu tampil memberi penjelasan tentang sebab projek perolehan LCS bernilai RM 9 bilion dilakukan tanpa tender.

Post a Comment

0 Comments