PARTI PAS pimpinan Abdul Hadi Awang gagal bertindak sebagai kingmaker seperti yang dirancang mereka selama ini, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
Azan yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, PAS walaupun telah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan hasil kerjasama dengan Umno dan Bersatu juga gagal menjadi pendamai kepada kedua parti yang berseteru itu.
Perselisihan itu, katanya, berlaku sehingga Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendapat tekanan daripada Bersatu.
"Nampak gaya, Bersatu telah menggerakkan serangan yang lebih 'kasar' terhadap Ismail Sabri, dengan jurucakap-jurucakap parti itu menuntut secara terbuka jawatan-jawatan termasuk timbalan perdana menteri.
"Serangan Bersatu kemudian dibalas pula oleh wakil Umno yang dilihat daripada pimpinan yang lebih rendah membalas serangan - dengan 'kasar' juga - menjadikan suhu politik negara teramat panas sekarang.
"Tapi, dalam keadaan ini kita perhatikan PAS sebagai parti yang mendakwa sebagai kingmaker atau orang tengah dilihat gagal memainkan apa-apa peranan atau fungsi untuk meredakan ketegangan ini," katanya dipetik.
Mengulas situasi dalam gabungan itu Azan berkata, PAS yang sepatutnya memainkan peranan meredakan 'perkelahian' antara dua parti melayu itu lebih dilihat menunggu peluang untuk berada di pihak yang boleh memberi manfaat kepada mereka.
Azan berkata sikap pendiam PAS sekarang menunjukkan parti itu memang mempunyai niat tertentu untuk mendapat laba dengan melihat dari sisi mana paling menguntungkan mereka.
"Tidak seperti dijanjikan dan disuarakan oleh mereka (selaku kingmaker) kerana telah mendapat kedudukan dan lantikan besar termasuk duta khas," katanya.
Untuk rekod, kerajaan pusat hari ini merupakan gabungan BN, Perikatan Nasional (PN) serta sokongan daripada parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
PAS merupakan komponen PN namun sebelum kewujudan gabungan berkenaan, parti terbabit memeterai persefahaman dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN).
![]() |
PAS gagal jadi pendamai hubunganUmno dan Bersatu |
Langkah diambil PAS itu bagaimanapun tidak disenangi Umno.
0 Comments