PARTI Amanah Negara (Amanah) akan membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN).
Pengarah Mobilisasi Amanah Sany Hamzan dalam kenyataan media berkata, laporan polis itu akan dibuat diseluruh negara pada jam 2.30 petang esok berikutan ucapan Abdul Hadi pada majlis pelancaran Perikatan Nasional (PN) Terengganu, Sabtu lalu
"Seperti video ucapan presiden PAS sewaktu pelancaran PN Terengganu yang menyatakan PH cuba merungkai perlembangaan negara ketika memerintah 22 bulan.
"Oleh itu, setiap negeri dan kawasan diminta untuk membuat laporan polis atas fitnah tersebut di seluruh negera secara serentak," katanya hari ini.
Terdahulu Abdul Hadi dalam ucapannya antara lain mendakwa HARAPAN cuba merungkai perlembagaan negara ketika menjadi kerajaan dengan menyentuh Islam dan hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.
Kata Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu lahi, HARAPAN menang pilihan raya dan tiba-tiba menunjukkan dasar "tikus membaiki labu" serta gagal menyelesaikan masalah.
"Cuba nak rungkai perlembagaan, cabar Islam, cabar hak keistimewaan orang Melayu. Ini asas yang penting dalam perlembagaan, nak dirungkaikannya.
"Berani cabar, hina Islam dan macam-macam. Akhirnya PAS berunding dengan Bersatu mengajak buat perubahan melalui demokrasi parlimen dan Umno ikut serta," kata Ahli Parlimen Marang itu.
![]() |
Hadi dakwa HARAPAN cabar Islam |
"Kita menghadapi orang Islam yang jahil agama, tak tahu agama dia sendiri. PRU-14 pilih orang bukan Islam jadi wakil rakyat, pilih orang liberal menjadi wakil rakyat. Berlaku kerajaan yang kacau bilau, kerajaan PH, yang lebih teruk daripada UMNO," katanya ketika menyampaikan amanat itu.
0 Comments