NAIB PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah) , Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sudah memperlihatkan kegagalan mereka untuk berjuang membela nasib rakyat.
Mengulas mesyuarat diadakan PN baru-baru ini, Mahfuz berkata ia lebih memberi keutamaan kepada kepentingan pemimpin dalam parti itu berbanding isu rakyat yang sewajarnya diberi perhatian segera.
Beliau mengulas isu kerusi Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dituntut Bersatu seperti dinyatakan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa mereka sedang memperjuangkan untuk mendapatkan 'kerusi' itu.
“Dalam usaha kita mahu memastikan tiada lagi ‘lompat katak’ antara Ahli Parlimen tiba-tiba muncul pula usaha memenuhi temolok pemimpin PN dengan menagih kerusi TPM supaya segera direalisasikan oleh Perdana Menteri.
“Rakyat yang sedang berhempas pulas cuba memenuhi temolok keluarga dengan pelbagai kepayahan hidup pula dibiarkan berjuang dengan pelbagai kesulitan.
“Ini termasuklah keperitan kenaikan harga barangan serta gaji dan pendapatan yang kecil khususnya golongan petani, nelayan, pekebun dan penoreh getah serta golongan bawahan,” katanya dipetik laporan Malaysia Dateline.
Difahamkan, pelantikan TPM adalah antara syarat perjanjian antara PN dan Ismail Sabri Yaakob untuk menyokong pentadbiran Naib Presiden Umno itu.
Muhiaddin pada 2 Julai difahamkan telah bertemu dengan Ismail untuk membincangkan pelantikan politik, termasuk jawatan kedua tertinggi di Putrajaya itu.
Tekanan berterusan apabila pada 28 Julai lalu, PN menyatakan rasa kecewa dengan Ismail kerana dilihat tidak bersungguh memenuhi terma-terma penting perjanjiannya dengan gabungan itu termasuk bagi jawatan TPM.
![]() |
Jaga perut rakyat, bukan perut sendiri |
Sebaliknya mereka perlu berusaha membantu rakyat yang hampir lemas ekoran kegagalan kerajaan PN menunjangi kerajaan sedia ada.
0 Comments