KEPUTUSAN mahkamah semalam, yang berakhir dengan bekas Presiden Umno, Najib Razak dihantar ke Penjara Kajang membuktikan kuasa rakyat dan keberanian badan kehakiman, kata Anwar Ibrahim.
Melalui satu rakaman video yang dikongsikan di laman Instragram, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, keputusan rakyat menumbangkan Barisan Nasional (BN) ada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu telah memungkinkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dibongkar dan dibicarakan di mahkamah.
“Ini membuktikan bahawa rakyat itu berkuasa, rakyat buat keputusan pada (PRU) tahun 2018 untuk memastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara daripada rasuah.
"Keputusan rakyat inilah yang membolehkan pendakwaan yang profesional dan ketegasan serta keberanian badan kehakiman membuat keputusan mengikut fakta dan hukum, bukan mengikut telunjuk politik pihak yang berkuasa, yang telah kita alami selama puluhan tahun," kata Anwar.
Mahkamah Persekutuan yang bersidang semalam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib dalam kes rasuah melibatkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tengku Mat.
Dengan pengekalan sabitan itu, Mahkamah memerintahkan Najib segera menjalani hukuman penjara selama 12 tahun yang telah dikenakan padanya.
Sementara itu Anwar melalui rakaman itu juga mengucapkan penghargaan kepada hakim yang menurutnya berani dan berwibawa dalam membuat keputusan berasaskan fakta.
"Kita hormat keputusan mahkamah persekutuan bersabit kes Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tetapi ingatlah rakyat, bila memutuskan dengan bijak, anak muda bila menentukan masa depan mereka, maka suasana dan iklim politik boleh berubah," katanya.
Melalui satu rakaman video yang dikongsikan di laman Instragram, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, keputusan rakyat menumbangkan Barisan Nasional (BN) ada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu telah memungkinkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dibongkar dan dibicarakan di mahkamah.
“Ini membuktikan bahawa rakyat itu berkuasa, rakyat buat keputusan pada (PRU) tahun 2018 untuk memastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara daripada rasuah.
"Keputusan rakyat inilah yang membolehkan pendakwaan yang profesional dan ketegasan serta keberanian badan kehakiman membuat keputusan mengikut fakta dan hukum, bukan mengikut telunjuk politik pihak yang berkuasa, yang telah kita alami selama puluhan tahun," kata Anwar.
Mahkamah Persekutuan yang bersidang semalam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib dalam kes rasuah melibatkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tengku Mat.
Dengan pengekalan sabitan itu, Mahkamah memerintahkan Najib segera menjalani hukuman penjara selama 12 tahun yang telah dikenakan padanya.
Anwar 'salute' hakim berani dan berwibawa |
"Kita hormat keputusan mahkamah persekutuan bersabit kes Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tetapi ingatlah rakyat, bila memutuskan dengan bijak, anak muda bila menentukan masa depan mereka, maka suasana dan iklim politik boleh berubah," katanya.
Susulan keputusan Mahkamah semalam, Najib menjadi perdana menteri pertama negara ini yang dipenjarakan.
0 Comments