PENGERUSI Save Kelantan Husam Musa menyarankan kerajaan Kelantan pimpinan PAS memberi penjelasan bagaimana mereka akan membayar pampasan kontrak kepada sebuah syarikat kontraktor pembalakan seperti diarahkan Mahkamah.
Saranan itu dibuat Husam susulan laporan bahawa Mahkamah Persekutuan yang bersidang pada 7 Julai lalu menolak permohonan semakan kehakiman yang dibuat Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri dan mengekalkan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelumnya yang bersidang pada awal tahu ini.
"Ini bermakna, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 31 Disember 2017 yang memerintahkan KPK membayar harga kontrak kayu balak sejumlah lebih RM5 juta kepada AS Timber Trading dikekalkan.
"Beserta bayaran kadar faedah sebanyak lima peratus setahun dikira bermula dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh," kata bekas Exco itu dalam kenyataan.
Untuk rekod, KPK pada 1 Julai 2018 diarahkan supaya membayar lebih RM5 juta kepada syarikat pembalak AS Timber Trading dalam tempoh 48 jam.
![]() |
Mahkamah dilapor tolak permohonan KPK |
Sehubungan itu, Husam berkata kerajaaan Kelantan sebaik-baiknya memberikan penjelasan tentang isu tersebut termasuk bagaimana KPK akan membayar bayaran yang diarahkan kerana ia membabitkan kepentingan rakyat di neegeri itu.
"Sekiranya KPK gagal membayar bayaran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, dipercayai akaun dan perniagaan syarikat itu boleh disita," katanya dipetik.
0 Comments