PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hishamuddin Hussein sebagai angkuh dan kebudak-budakan dalam memberi reaksinya berhubung teguran beliau berhubung isu Kapal Tempur Persisir (LCS).
Dalam satu petikan video disiarkan Astro Awani semalam, Anwar menegaskan bahawa Ahli Parlimen Sembrong itu tidak membaca dan mendengar perbahasannya di Parlimen berhubung projek aset ketenteraan yang bernilai RM9 bilion yang kini diselubungi kontroversi.
“Pertama saya kata semua fasa-fasa ‘on going’ diteruskan.
"Dia tidak baca dan dia tidak dengar. Ini masalahnya. kalau saya quote Shakespeare, ‘the insolence of office," tegas bekas timbalan perdana menteri itu.
Dalam perbahasannya di Parlimen pada Khamis, Anwar mencadangkan agar fasa keenam projek LCS itu dihentikan susulan teguran oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Beliau yakin dalam isu LCS, ia bukan saja melibatkan ketirisan malah wujud penyelewengan.
Bagaimanapun Hishamuddin pada satu program di Kem Penrissen dekat Kucing pada Jumaat mendakwa cadangan Anwar itu hanya berkisar kepada pertimbangan politik semata-mata dan ia akan menyebabkan banyak pihak akan marah.
"Siapa yang marah? kontraktor? yang kutip komisen?
“Projek RM9 bilion, dah belanja RM6 bilion, sentimen politik apa yang dibicarakan ini? RM6 bilion duit rakyat.
"Jangan guna (alasan) keselamatan negara. Keselamatan negara macam mana kalau sampai bahan, alat-alat ketenteraan dan pertahanan penting pun masih mahu dirompak dan diambil komisen,” kata Anwar pada satu sidang media di Kuching semalam.

![]() |
Anwar sifatkanHishamuddin sebagai sombong |

0 Comments