RAFIZI RAMLI mendakwa skandal pemerolehan enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion tidak ubah seperti kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Melalui satu hantaran di laman Facebook rasminya, Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, satu persatu penyelewengan dalam pemerolehan itu termasuk syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan didakwa untuk melarikan wang akan ditunjukkan dalam tempoh sebulan ini.
Modus operandi tak ubah macam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dahulu.
"Masaklah Najib (Razak) kali ni. Biar dia jawab bagaimana pertahanan negara jadi lemah semasa dia jadi Perdana Menteri, selama ini dia fitnah kononnya semua orang jual aset negara," kata Rafizi.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya pada Khamis lalu mendedahkan tiada LCS disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) -Syarikat yang dilantik untuk projek itu secara rundingan terus.
BNS sepatutnya harus menyiapkan dan menyerahkan lima buah kapal LCS kepada TLDM secara berperingkat sejak 2013 hingga Ogos ini kepada kerajaan.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh juga membangkitkan isu dimana kapal model Sigma yang dipilih TLDM dan telah diluluskan Kementah ditukar kepada model Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS pada 8 Julai 2011.
Yang menjadi perhatian dalam isu itu adalah pandangan TLDM selaku pengguna akhir didakwa tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek berkenaan.
Sementara itu Rafizi dalam kenyataan Facebooknya turut menempelak Najib yang menyalahkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam isu tersebut.
Kenyataan Najib bahawa projek itu telah dilewatkan dan dibekukan sepenuhnya pada 2019 adalah tidak tepat.
"Saya sudah baca putar alam #SayaPutarJib yang ditulis admin Najib Razak untuk cuci tangan skandal RM9 bilion kapal perang. Lemah sangat putar alam Najib kali ni.
"InsyaAllah kali ini Perdana Menteri Facebook ni akan kena sebab dia tidak boleh lari dalam hal skandal kapal perang ni. Akhirnya akan balik kepada dia juga. Sepupu dia pun akan cepat-cepat tuding jari kat dia untuk selamatkan diri," katanya.
Terdahulu, Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil membidas tindakan Najib menyalahkan HARAPAN dalam isu itu tanpa menyedari kesalahan sendiri ketika berkuasa.
Beliau mempersoalkan mengapa Najib yang merupakan perdana menteri ketika itu tidak mendengar teguran dibuat bekas panglima tentera laut, Abdul Aziz Jaafar berhubung masalah perolehan kapal itu.

![]() |
Rafizi akan dedah kecurangan dalam kontrak LCS |

0 Comments