KETUA Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Adam Adli Abdul Halim mahu isu disuarakan penghantar makanan (rider) diselesai dengan mengambil kira pandangan kumpulan itu.
Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat parti itu semalam, Adam menegaskan bahawa syarikat penyedia perkhidmatan perlu memainkan tanggungjawab mereka selain memberi pengiktirafan dan perlindungan setimpal kepada pekerja penghantaran itu.
“Libat urus perlu berterusan, dan perlu mengambil suara dan pendapat daripada penghantar yang bekerja di lapangan.
“Kami tahu ekonomi sektor ini digerakkan oleh ‘rider’, bukan digerakkan oleh syarikat. Mereka yang sepatutnya ‘stakeholder’ bukan penyedia platform berkenaan,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri wakil golongan itu.
Penghantar makanan seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan mengadakan mogok 'Food Delivery Blackout' selama 24 jam semalam.
Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor sebelumnya berkata mereka tidak berpuas hati dengan syarikat pengendali yang didakwa memanipulasi mereka.
Ia termasuk dalam isu kadar upah yang tidak tetap dan isu tambang tidak setimpal.
Sementara itu dalam kenyataan lain di Facebook, Adam berkata pengguna wajar memberi sokongan penuh kepada penghantar makanan yang sedang memperjuangkan nasib mereka.
![]() |
Adam gesa hak rider penghantaran dilindungi |
“Ia jauh sekali di bawah Akta Kerja 1955. Ini terkait tafsiran adakah mereka ini dianggap pekerja atau bekerja sendiri walaupun jelas diikat dan tertakluk amalan master and servant’s secara praktik," tegas bekas aktivis mahasiswa itu lagi.
0 Comments