HARAPAN lebih dinamik berbanding gabungan politik lain


 
SETIAUSAHA AGUNG parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail optimis parti itu mampu menawarkan pakatan politik yang dapat menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Dalam satu program Bersama Johan Jaafar di Kompleks Karangkraf baru-baru ini, Saifuddin berkata parti itu mempunyai kelebihan dari segi pengurusan dinamik pakatan politik jika dibandingkan dengan gabungan politik lain pada masa kini.

"Kalau namanya gabungan politik, ia bukan sesuatu yang mudah menguruskan perbezaan baik Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), apatah lagi Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Saya berpendapat dinamik menguruskan pakatan politik itu ada cabarannya tetapi kalau tanya saya mengenai langkah menuju PRU15 berbanding dengan pakatan politik yang ada pada saat ini, dengan latar belakang masalah pasca 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Covid-19 dan lain-lain, saya masih optimis bahawa kami mampu menawarkan sebuah pakatan politik yang dapat menarik sokongan dan imaginasi rakyat sekarang," katanya dipetik laporan oleh Sinar.  

Selain BN, PN dan HARAPAN, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad pada Khamis melancarkan satu gabungan baharu politik yang dinamakan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk menentang UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Walau bagaimanpun Profesor Madya Dr Azmi Hassan - seorang penganalisis daripada Akademi Nusantara beranggapan GTA sukar memberi impak kepada politik negara.

Langkah politik Dr Mahathir menggabungkan parti politik picisan itu dilihat ‘hanya cantik di atas kertas’.

Sementara itu Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha HARAPAN dalam program itu turut berkata,  HARAPAN  menawarkan tiga perkara utama kepada rakyat dalam PRU15 akan datang iaitu pembanterasan terhadap gejala rasuah, penstrukturan semula ekonomi serta memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial.

"Kami dapat timbunan isu, kemudian bila kita pilih majoritinya bercakap soal pembanterasan rasuah, penstrukturan ekonomi dan memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial.

Pakatan Harapan dilihat sebagai gabungan dinamik 
"Saya fikir pendekatan 'problem solution' (masalah penyelesaian) adalah jauh lebih penting dan dominan dalam pendekatan kempen pembangkang kali ini berbanding dengan 1MDB.

"Hal yang saya ungkapkan ini adalah hasil daripada temu rapat yang kita buat di peringkat KEADILAN," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments