SEORANG Penganalisis politik, Prof Wong Chin Huat mencadangkan supaya pada masa akan datang, pembubaran Parlimen hanya dilakukan apabila penggal tamat iaitu selepas lima tahun.
Gesaan itu dibuat supaya tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) menjadi lebih terjangka dan memberi prospek lebih meyakinkan kepada pelabur asing, untuk melabur ke dalam negara.
"Bila PRU tiada tarikh tetap, ini menyusahkan rakyat di peringkat akar umbi, kalau anda seorang polis, cikgu penjawat awam, malah wartawan juga, tidak boleh rancang cuti untuk kenduri kahwin dan sebagainya.
"Ini pun menyusahkan menteri kerana tidak dapat buat perancangan jauh dan menyusahkan pelabur, kerana mereka tidak tahu bila kerajaan tukar,” katanya dipetik laporan Bernama.
Pensyarah dari University Sunway itu sebelumnya hadir ke pembentangan bertajuk Kestabilan atas Musyuwarah, bukan Dominasi yang diadakan di Putrajaya pada Ahad.
Sementara itu tambah Chin Huat, berbeza dengan kebiasaan sebelum ini yang mana Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan PRU lebih awal sebelum tamat tempoh lima tahun, selepas ini beliau mencadangkan agar Parlimen hanya boleh dibubar di bawah dua keadaan.
"Apabila perdana menteri hilang kepercayaan dan jika dua pertiga ahli Parlimen mahukan pembubaran awal, maka dia (perdana menteri) boleh memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
"Jika tidak, biarkan Parlimen habis (lima tahun), ini juga bermaksud (dalam keadaan sekarang) kerajaan harus diberi peluang habiskan kerja sampai 15 Julai 2023,” katanya.
Gesaan itu dibuat supaya tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) menjadi lebih terjangka dan memberi prospek lebih meyakinkan kepada pelabur asing, untuk melabur ke dalam negara.
"Bila PRU tiada tarikh tetap, ini menyusahkan rakyat di peringkat akar umbi, kalau anda seorang polis, cikgu penjawat awam, malah wartawan juga, tidak boleh rancang cuti untuk kenduri kahwin dan sebagainya.
"Ini pun menyusahkan menteri kerana tidak dapat buat perancangan jauh dan menyusahkan pelabur, kerana mereka tidak tahu bila kerajaan tukar,” katanya dipetik laporan Bernama.
Pensyarah dari University Sunway itu sebelumnya hadir ke pembentangan bertajuk Kestabilan atas Musyuwarah, bukan Dominasi yang diadakan di Putrajaya pada Ahad.
Sementara itu tambah Chin Huat, berbeza dengan kebiasaan sebelum ini yang mana Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan PRU lebih awal sebelum tamat tempoh lima tahun, selepas ini beliau mencadangkan agar Parlimen hanya boleh dibubar di bawah dua keadaan.
Kerajaan wajar diberi peluang habiskan kerja |

0 Comments