GAGASAN politik baharu - Gerakan Tanah Air (GTA) yang diumumkan Pengerusi parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dianggap sukar memberi impak kepada politik negara.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara dipetik laporan portal FMT berkata, langkah politik menggabungkan parti politik picisan itu dilihat ‘hanya cantik di atas kertas’, namun ia dibimbangi hanya akan memecah belah lagi sokongan orang Melayu.
“Dari segi atas kertas memang cantik tetapi apabila ia dianggotai oleh Pejuang, Berjasa, Putra, Iman… maka ia dilihat tidak lebih hanya untuk mendapatkan manfaat politik dengan menggunakan perpecahan Melayu Islam itu sebagai batu loncatan.
“Kemungkinan gagasan ini tidak memberi impak besar kepada senario politik tempatan kerana ahli atau parti yang terlibat dalam gagasan ini tidak kuat pengaruhnya dalam menarik simpati orang Melayu Islam.
“Hakikatnya, ia akan memecahkan lagi pilihan undi orang Melayu Islam,” katanya dipetik laporan itu.
![]() |
Kehadiran GTA tak beri impak besar |
GTA katanya akan bertanding di 120 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dan ditandingi oleh UMNO - parti yang kini disifatkannya berjuang beasaskan wang.
0 Comments