Wong Chen saran PSA dihidupkan semula untuk perkukuh Parlimen

 

SEORANG Ahli Parlimen menegaskan keperluan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) dihidupkan semula.

Wong Chen, wakil rakyat KEADILAN mewakili pengundi Subang berkata, langkah itu bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan di Parlimen.

"Satu perkara penting adalah peruntukan bagi membolehkan Parlimen berfungsi dengan baik. Kita ada kira-kira 10 hingga 11 Jawatankuasa Pilihan Khas dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), kita ada lebih 20 kementerian.

"Jadi jika setiap kementerian mempunyai satu jawatankuasa khas pilihan, untuk memastikan perkara itu dilaksana, peruntukan tambahan amat perlu, kemudian untuk memberi peruntukan memilih jawatankuasa memerlukan rombakan tertentu. Kita tahu cara menggunakan wang ini dengan betul," katanya.

Beliau berkata begitu dalam wawancara anjuran Bersih dan Majlis Peguam bertajuk 'Gearing Up For GE15: What Reforms Do Voters Want?' secara maya pada Khamis.

Beliau turut menggesa agar bajet tahunan Parlimen juga perlu ditingkatkan RM250 juta, ia memastikan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas diwujudkan.
 
"Saya boleh bayangkan jika PSA ini diwujudkan, dan peruntukan tambahan sebanyak RM250 juta, bagi saya itu munasabah.

"Hasilnya, Parlimen yang lebih baik untuk rakyat, terutama dalam menyemak sebarang penyalahgunaan dan pembaziran. Tiada siapa tahu berapa banyak pembaziran yang berlaku, saya boleh anggarkan paling minimum RM10 billion setahun, jika lebih tinggi boleh mencecah RM20 hingga 30 billion setahun," katanya dipetik.

Difahamkan, Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) yang dimansuhkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1992.

 Kembalikan PSA punya alasan rasional
Sementara itu menurut Wong Chen, meskipun idea terbabit memperlihatkan peningkatan bajet bagi pengurusan Parlimen, namun rakyat perlu memahami bahawa ia bertujuan untuk memastikan institusi demokrasi itu bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Kita mengharapkan rakyat memahami bahawa perbelanjaan ini untuk memastikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dapat dibanteras," jelasnya

Menurut laporan, ketika ini kerajaan memperuntukkan RM150 juta setahun bagi peruntukan Parlimen.

 

Post a Comment

0 Comments