Elak polimik, siasat punca banjir di Baling melalui RCI - Ram Karpal


 AHLI PARLIMEN Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh menegaskan bahawa insiden banjir yang berlaku di Baling, Kedah baru-baru ini perlu disiasat melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Gesaan itu dibuat Ram Karpal setelah berlaku salah menyalah antara beberap pihak berhubung kegiatan pembalakan yang didakwa menjadi punca kepada kejadian itu.

Dalam satu kenyataan, Ram Karpal berkata Menteri Besar Kedah dari PAS, Sanusi Md Nor dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mentadbir negeri itu sebelum ini.

Manakala Mukhriz Mahathir yang menjadi Menteri Besar ketika negeri itu ditadbir HARAPAN pula berkata kelulusan pembalakan dilakukan antara 2008 dan 2013, semasa Azizan Abdul Razak dari PAS menjadi menteri besar.

“Memandangkan banjir yang teruk dan versi yang bercanggah oleh pemimpin yang disebutkan di atas, perlu ada ketelusan dalam siasatan mengenai punca banjir kerana kejadian seperti itu tidak boleh dibiarkan berulang.

"Mereka yang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan dan RCI menjadi forum terbaik untuk hal ini disiasat dengan teliti kerana pesuruhjaya mempunyai kuasa untuk menerima semua keterangan dan memeriksa semua individu yang berkaitan dengan memanggil orang tersebut untuk hadir di hadapan mereka bagi memberikan bukti," kata Ram Karpal dipetik.

Pada 4 Julai, banjir besar melanda Baling dan Gunung Jerai menyebabkan tiga kematian dan memusnahkan banyak rumah.

Pembalakan yang berlaku di hutan simpan Gunung Inas dikatakan sebagai punca kejadian.

Walaupun ada gesaan supaya insiden itu disiasat melalui RCI,  Takiyuddin menolak cadangan penubuhan RCI kerana pelbagai agensi kerajaan sudah menyiasat perkara itu.

Sementara itu tegas Ram Karpal, keengganan menyiasat insiden itu melalui RCI hanya membangkitkan kebimbangan bahawa ada yang cuba disembunyikan mengenai siapa yang memberikan kelulusan untuk pembukaan hutan.

RCI cara terbaik siasat punca banjir
akan tertakluk kepada penelitian yang akan mengurangkan kebimbangan mengenai cubaan menyembunyikan sesuatu.

“Pakar lain juga mungkin dipanggil untuk menjelaskan perkara itu," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments