PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesedihan atas pembunuhan bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe.
Menyifatkan mendiang sebagai "salah seorang penyokong Asia", Abe menurutnya telah memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan rapat di rantau ini.
Melalui hantaran di laman sosialnya, Presiden parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu menyampaikan penghormatannya kepada Abe. malah berkata beliau bersama isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) turut bersolidariti bersama keluarga mendiang dan rakyat jepun atas kehilangan tragis ini.
"Saya berharap selepas Abe, ramai yang boleh terus belajar dan mendapat inspirasi daripada mereka yang merupakan bahagian penting dalam Renaissance Asia yang mana ramai rakyat Malaysia komited dan sentiasa berusaha untuk dicontohi.
"Malaysia dan Jepun boleh menghormati legasi Abe dengan terus mengukuhkan ikatan kolektif kami sebagai sebahagian daripada keluarga Asia yang berdedikasi ke arah masa depan yang aman dan adil," katanya.
Mengulas lanjut hubungan Malaysia-Jepun, Anwar menceritakan peranan yang dimainkan oleh Abe dan keluarganya dalam hubungan itu
Beliau berkata dasar Pandang Ke Timur Malaysia telah dilancarkan oleh bapa Abe pada 1982, manakala datuknya mula menjalin hubungan antara kedua-dua negara dengan melawat Malaya pada 1957.
Abe meninggal dunia di hospital semalam, beberapa jam selepas dia ditembak oleh seorang lelaki bersenjata bersendirian dalam satu acara kempen politik.
Berusia 67 tahun. Abe adalah perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, pernah memegang jawatan dari 2006 hingga 2007 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020.
Sementara itu Anwar mengutuk pembunuhan Abe dengan menegaskan bahawa ia sebagai satu tragedi yang mendalam.
"Saya mengutuk (ini) kerana saya mengecam semua tindakan keganasan politik.
![]() |
Abe ditembak ketika berucap dalam kempen |
"Gelombang kebencian dan keganasan ideologi yang semakin meningkat yang disaksikan di seluruh dunia adalah fenomena yang mesti kita lawan. KEADILAN menuntut agar pelaku jenayah ini dipertanggungjawabkan,"tambah Anwar.
0 Comments