BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe rebah ditembak seorang lelaki ketika sedang berucap dalam kempen di wilayah Nara, wilayah barat negara itu pagi tadi.
Setakat laporan ini ditulis, Abe dilaporkan mengalami “cardiorespiratory arrest” (jantung terhenti) - stilah berkenaan lazim digunakan di Jepun sebelum kematian disahkan oleh koroner.
Abe dibawa ke hospital dan tiada tanda-tanda menunjukkan beliau masih hidup.
“Beliau sedang berucap dan seorang lelaki menyelinap dari belakang secara tiba-tiba.
“Tembakan pertama berbunyi seperti pistol mainan. Abe tidak rebah. Tembakan kedua boleh dilihat, anda boleh melihat percikan api dan asap,” kata seorang wanita yang berada di lokasi kejadian seperti dilapor media.
Memetik AFP, Abe kemudian rebah dan terdapat pendarahan pada lehernya, kata sumber partinya, Parti Liberal Demokratik kepada agensi berita Jiji Pess.
Difahamkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan telah ditangkap atas cubaan membunuh, polis turut merampas senapang patah dari lelaki itu.
![]() |
Abe tidak menunjukkan tanda masih bernyawa |
Sebuah pasukan petugas telah dibentuk susulan kejadian itu, menurut agensi berita Jiji.
0 Comments