PENTADBIRAN Ismail Sabri Yaakob sekali lagi dikritik kerana menjalankan sesi taklimat “tertutup” bagi menerangkan isu tuntutan waris kesultanan Sulu kepada ahli Parlimen.
Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah melalui satu kenyataan berkata, tindakan kerajaan itu hanya menunjukkan mereka bersikap tidak serius dalam menangani isu yang kini menjadi perhatian ramai itu.
"Ini adalah budaya pintu belakang oleh kerajaan pintu belakang. Sikap sebegini akan membuat negara kita dicemuh dan tidak dihormati dunia.
"Sikap tabiat suka melanggar perjanjian dengan sesama negeri dalam Malaysia telah diamalkan dalam isu perjanjian Royalti minyak dan gas termasuk Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang dibatalkan lebih 20 tahun dahulu walaupun Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah dengan Petronas dan juga mantan menteri kewangan dari Umno-BN membantah," katanya.
Bekas timbalan menteri itu sebelumnya mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching bahawa satu taklimat tertutup itu dijalankan sebuah hotel di Kuala Lumpur, tiga hari selepas Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak usul bagi membincangkannya di parlimen.
Sesi taklimat itu dihadiri menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menteri luar Saifuddin Abdullah dan menteri ekonomi Mustapa Mohamed.
Peguam Negara, Idrus Harun juga dilapor hadir pada taklimat secara tertutup itu.
Pewaris Sultan Sulu yang terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, melalui proses undang-undang antarabangsa menuntut pajakan tertunggak AS$14.92 bilion untuk Sabah, ia sebagai tindak balas pentadbiran Najib Razak pada 2013 yang memotong pembayaran pajakan tahunan RM5,300.
Mengulas lanjut, Raja Kamarul mendakwa sikap angkuh kerajaan hari ini boleh menjerumuskan negara ke dalam kancah amat berbahaya kepada apabila kerajaan melanggar dan tidak mengendah perjanjian antarabangsa.
"Tidak ada mahkamah antarabangsa hendak layan kerenah purba kerajaan ala jaguh kampung yang terlalu lama dan biasa salah guna kuasa membuli rakyat di negara sendiri.
![]() |
Bagaimana nanti masa depan negara? |
"Ini akan membawa Malaysia ke arah kehancuran memasuki era persaingan serba canggih serta maju," katanya sambil mendakwa kerajaan hari ini cuma mementingkan mengutip hasil kekayaan bumi tetapi mengabaikan nasib yang menimpa rakyat khususnya seperti di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
0 Comments