SEBUAH Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat India membuat laporan dan menyerahkan dokumen yang didakwa mereka sebagai bukti penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mani Maran Manickam yang merupakan Pengerusi Persatuan Harapan India Malaysia (PHIM) berkata, mereka menuntut beberapa pemimpin parti termasuk seorang menteri yang didakwanya sebagai dalang kepada penyelewengan itu disiasat.
"Setakat ini, apa yang kami nampak SPRM hanya menyiasat dan menahan individu-individu yang berkaitan dengan syarikat yang didakwa menyelewengkan dana.
"Namun beberapa individu termasuk beberapa pemimpin parti politik dari parti tertentu masih 'tidak disentuh'.
"Kami nak mereka semua termasuk seorang menteri disiasat," katanya sebaik menyerahkan dokumen itu ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.
Sementara itu Mani Maran yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, bukti yang diserahkan adalah berdasarkan aduan individu yang ditipu melalui program Penjana Kerjaya.
"Kami menerima lebih 30 aduan setakat ini. Dan lebih 30 lagi telah menghubungi kami berkata telah ditipu.
"Modus operadi adalah individu-individu ini didaftar oleh syarikat-syarikat tertentu dengan janji akan menerima RM600 sselama enam bulan.
"Tapi, mereka hanya terima wang selama tiga bulan sahaja. Bakinya dituntut daripada Perkeso tetapi tidak dibayar kepada mereka," dakwanya lagi.
Tanpa menamakan mana-mana pemimpin parti atau menteri secara khusus, beliau berkata pihaknya telah menyerahkan nama-nama yang dimaksudkan kepada SPRM.
"Kami sangat pasti beberapa pemimpin dari sebuah parti politik mempunyai peranan besar dalam penyelewangan ini.
"Kini terserah kepada SPRM sama ada memanggil mereka untuk membuat siasatan," tegasnya.
Media sebelum ini melaporkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggantung bayaran program itu yang berjumlah RM423 juta susulan kes penyelewengan dana.
Seramai 37 individu yang dipercayai menggunakan platform Penjana Kerjaya untuk membuat tuntutan palsu sehingga RM100 juta telah ditahan.
Sumber Suruhanjaya itu memberitahu, mereka yang ditahan terdiri daripada pengarah, pemilik, pengurus dan jurutera-jurutera melibatkan 26 lelaki dan 11 wanita berusia antara 28 hingga 70 tahun daripada 64 buah syarikat berstatus sendirian berhad.

![]() |
PHIM dakwa ada bukti kaitkan menteri |

0 Comments