SEBUAH kumpulan yang mewakili mangsa penipuan kewangan menggesa bank komersial di negara ini agar lebih bertanggungjawab atas kes-kes penipuan.
Dipetik laporan FMT, kumpulan yang disokong parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu berkata, 68% daripada jenayah komersial sejak Mei 2020 melibatkan penipuan dalam talian.
Penipuan itu menyebabkan kerugian yang dianggarkan sebanyak RM3.54 bilion, iaitu purata RM4.07 juta setiap hari.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Lee Chean Chung yang mengiringi kumpulan itu berkata, kod industri mesti dilaksanakan untuk bank memberikan pampasan bagi transaksi yang dibuat tanpa kebenaran pemilik akaun.
Amalan seperti itu jelasnya diguna pakai di United Kingdom. Malah beliau merujuk tindakan Oversea-Chinese Banking Corp di Singapura yang memberikan RM44.4 juta sebagai bayaran muhibah kepada kira-kira 790 mangsa penipuan awal tahun ini.
“Terdapat kes-kes di mana bank sepatutnya memaklumkan mangsa mengenai beberapa transaksi yang tidak tetap, tetapi tidak berbuat demikian kerana ia berlaku pada hari cuti umum.
Kumpulan itu menyerahkan memorandum mengenai tuntutan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) di luar bangunan Parlimen semalam.
Sementara itu Chean Chung yang juga ADUN Semambu turut berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula undang-undang berkaitan mengikut keperluan semasa.
Beliau turut mahu hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap sindiket penipuan itu.
![]() |
Bank digesa lebih bertanggungjawab |
“Sehingga hari ini, kami tidak tahu siapa yang bertanggungjawab,” katanya.
Kumpulan itu menyerahkan memorandum kepada Ardianza Nasahidin, seorang pegawai bahagian keselamatan KDN.
0 Comments