MAJLIS PRESIDEN Pakatan
Harapan (HARAPAN) tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya
Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 yang diluluskan di Dewan Rakyat
semalam.
Melalui satu kenyataan bersama, mereka menegaskan RUU itu tidak memenuhi hasrat reformasi institusi yang diharapkan.
RUU
IPCC yang bertanggungjawab melaksanakan siasatan berhubung aduan
tatakelakuan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada pandangan
mereka mempunyai banyak kepincangan.
"“RUU IPCC yang dibentang di
Parlimen lebih lemah berbanding badan Suruhanjaya Integriti Agensi
Penguatkuasaan (EAIC) yang wujud sekarang dan RUU IPCMC yang pernah
dicadangkan dahulu.
“Sebagai contoh antara lainnya RUU IPCC ini
mempunyai kelemahan-kelemahan jelas seperti anggota Suruhanjaya tidak
berkecuali dan boleh dilucutkan bila-bila masa tanpa sebab.
"Setiausaha
Suruhanjaya dilantik Menteri Dalam Negeri, manakala EAIC melantik
setiausahanya sendiri pada masa ini,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan
itu dikeluarkan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim;
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew
Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk
Seri Wilfred Madius Tangau.
Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan
RUU IPCC 2020 dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan ketiga oleh
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan dibahas seramai 18 Ahli
Parlimen.
IPCC didakwa banyak kelemahan
Sementara itu Majlis Presiden juga berpandangan IPCC
tiada kuasa siasatan seperti yang ada pada EAIC serta tidak membolehkan
Suruhanjaya meneliti hal di bawah Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO) dan
tiada peruntukan untuk suatu lembaga tatatertib.


0 Comments