Mahkamah perintah Jamal bayar RM300,000 kepada Teresa Kok

 


KETUA Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos diarah oleh Mahkamah Tinggu Kuala Lumpur untuk membayar RM300,000 kepada Ahli Parlimen dari DAP Teresa Kok.

Ia sebagai ganti rugi kepada Teresa berhubung ucapan fitnah dibuat Jamal pada 2017 yang menuduh wakil rakyat itu menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Arief Emran Arifin membuat perintah itu menegaskan bahawa Jamal sebagai defendan gagal membuktikan pembelaannya.

“(Saya dengan ini memerintahkan defendan membayar) ganti rugi, termasuk ganti rugi am, teruk dan teladan, berjumlah RM300,000.

"Jumlah itu perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif dalam tempoh 14 hari dari hari ini,” kata Arief ketika menyampaikan penghakimannya.

Selain arahan pembayaran RM300,000 kepada teresa, mahkamah turut memerintah pemimpin Umno itu membayar RM50,000 lagi sebagai kos, dan mengeluarkan injunksi untuk melarang dia atau ejennya daripada mengulangi dakwaan itu.

Sementara itu peguam mewakili Teresa, SN Nair berkata keputusan hakim hari ini adalah "petunjuk jelas" bahawa Kok bukan ahli politik yang korup.

“Malangnya, dia terpaksa menghadapi siasatan SPRM secara sia-sia hanya kerana seseorang membuat laporan.

“Nama ahli politik yang baik tercemar, tetapi kerosakan telah dilakukan,” katanya diluar kamar mahkamah.

Sementara itu Teresa ketika bercakap kepada media melahirkan rasa gembira dengan keputusan mahkamah.

Mengimbau pengalaman pahit yang dilaluinya semasa siasatan SPRM berikutan laporan dibuat Jamal, beliau berharap pemimpin Umno itu tidak mengulangi tuduhan itu pada masa akan datang.

“Saya masih ingat ketika Jamal membuat laporan SPRM terhadap saya... Mereka (SPRM) datang ke pejabat saya dan mengambil semua fail dan juga menyoal siasat saya dan pembantu saya beberapa kali.

Jamal fitnah Teresa seleweng dana Yawas
"Jadi kami terpaksa menjawab pelbagai soalan. Kami terpaksa melalui semua penyeksaan mental ini hanya kerana Jamal membuat laporan terhadap saya.

"Saya terkejut dia tidak muncul (di mahkamah). Saya harap dia tidak akan mengulangi perkara ini lagi," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments