Salahuddin disenangi pengundi Pagoh, kata pemimpin Umno


SEORANG
pemimpin senior dari Umno mengakui wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Salahuddin Ayub lebih disenangi pengundi di parlimen Pulai berbanding bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Nur Jazlan Mohamed.

Nazri Abdul Aziz ketika menolak pelawaan Nur Jazlan supaya bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berkata, Salahuddin disenangi pengundi kawasan itu dan beliau tidak mahu mengganggu ahli parlimen yang memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

“Bukti jelas rakyat menyenangi Salahuddin bila dia menang di DUN Simpang Jeram pada PRN Johor baru-baru ini.

“Ketika itu, rakyat tolak ramai calon HARAPAN tetapi Salahuddin menang, itu tanda rakyat suka dia.

“Masa dia lawan Nur Jazlan di Pulai pada PRU14 pun dia menang besar, itu pun isyarat rakyat tidak suka Nur Jazlan

“Pada saya Salahuddin telah membuktikan dia telah memberi khidmat yang jauh lebih baik berbanding Nur Jazlan di Pulai," kata Nazri dipetik laporan Astro Awani.

Terdahulu Nazri secara sinis menggambarkan Nur Jazlan sebagai “pemimpin kecewa” selepas kalah teruk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 2018.

Salahuddin telah buktikan, kata Nazri
Nazri berkata demikian selepas Nur Jazlan mengumumkan enggan bertanding pada pilihan raya akan datang.

Selain Nazri yang lebih awal mengumumkan akan bersara dan tidak bertanding untuk PRU-15, Nur Jazlan dilapor mempelawa Khairy Jamaluddin dan Presiden MCA Wee Ka Siong agar meramas kembali kerusi itu.  


 

Post a Comment

0 Comments