KERAJAAN pimpinan Ismail Sabri Yaakob dianggap tidak mempunyai kemampuan melindungi kepentingan orang Melayu.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata begitu ketika menyertai himpunan aman bagi mendesak supaya Putrajaya segera menangani masalah kenaikan harga barang di Kampung Baru hari ini.
Mengulas lanjut isu itu yang semakin diperkata rakyat ketika ini, Adly yang juga Naib Presiden parti Amanah menegaskan bahawa kerajaan sewajarnya menetapkan langkah memastikan harga kekal stabil sejak tahun lalu lagi, memandangkan lebih ramai rakyat akan jatuh miskin selepas pandemik Covid-19..
Susulan kegagalan itu, beliau berharap rakyat sekali lagi menumbangkan Barisan Nasional bagi memastikan hala tuju negara dapat ditetapkan semula.
“Saya berharap rakyat Malaysia memilih untuk menukar kerajaan (pada pilihan raya umum). Kami (Pakatan Harapan) mampu membuat kerja lebih baik menerajui negara,” katanya.
Sejak beberapa minggu lalu, kenaikan harga makanan, dari sayuran hingga ke roti canai, menjadi tumpuan.
Negara baru-baru ini turut berdepan masalah terputus bahan mentah seperti ayam, manakala isu membabitkan minyak peket tidak pernah berjaya diselesaikan apabia bekalannya dalam pasaran tidak mampu memenuhi keperluan pengguna.
Himpunan membantah kegagalan kerajaan dalam isu kritikan itu berlangsung selepas solat Jumaat dengan dihadiri kira-kira 100 peserta.
Hadir sama, bekas menteri wilayah persekutuan, Khalid Samad, Setiausaha Agung Amanah Dr Hatta Ramli dan ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil.
Faiz memberitahu pemberita bahawa parti itu menuntut tindakan termasuk kerajaan perlu mendedahkan pelan menangani kenaikan kos sara hidup dalam persidangan Dewan Rakyat, bulan ini.
![]() |
Rakyat tak senang sekalipun Umno menang |
Kerajaan memansuhkan minyak masak botol berkapasiti 2kg, 3kg and 5kg, bermula hari ini yang mencetus kemarahan pengguna.
Ia dibimbangi akan menyebabkan harga makanan siap masak meningkat naik.
0 Comments