DUA akhbar berbahasa Cina dilapor telah diarahkan membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng.
Arahan itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang susulan saman dikemukan Guan Eng terhadap China Press dan Guang Ming Daily berhubung artikel disiar mereka tiga tahun lalu.
Artikel itu berkait dakwaan seorang ahli perniagaan yang sebelumnya diperintahkan membayar jumlah tunggakan cukai RM2.4 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang kemudian mendakwa agensi pungutan cukai itu menjadikan dirinya sebagai sasaran selepas diminta Guan Eng.
Berdasarkan laporan, Chang Wei Lu, yang juga bekas pemimpin Majlis Kaum Cina dan Dewan Perniagaan Cina di Pulau Pinang melalui kenyataan mahkamah berkata, derma RM500,000 kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman “secara tidak sengaja” menimbulkan rasa tidak puas hati Lim, yang dikatakan enggan memberi dana kepada institusi itu.
Pada masa sama, katanya, beliau dikenakan RM2.4 juta bayaran cukai oleh LHDN dan dilarang meninggalkan negara ini.
Guan Eng dalam tuntutannya berhujah, kenyataan disiarkan akhbar itu menjadikan dirinya seperti menyalahgunakan kuasa sebagai menteri kewangan dan “salah guna” LHDN untuk mengambil tindakan terhadap Chang.
![]() |
Guan Eng dakwa reputasi tercalar |
Dalam penghakiman memihak Lim, Hakim Tun Majid Tun Hamzah, berkata akhbar terbabit tidak mendapatkan maklumat daripada Guan Eng berhubung perkara sebenar sebelum menerbitkan laporan itu
0 Comments